Rich Dad Poor Dad. What the rich teach their kids about money that the poor and middle class do not - Robert Kiyosaki
Post ini merupakan ringkasan yang saya buat sendiri untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang buku ini. Segala salah silap atau terpesong idea daripada penulis sebenar amat lah sy kesali. Robert Kiyosaki ada 2 orang ayah. Ayah kandungnya yang miskin (Nordin) dan ayah kawannya yang kaya (Hasnan). Robert menerima macam-macam nasihat daripada kedua ayahnya khususnya tentang kepentingan duit dan hala tuju kehidupan. Dia amat berterima kasih kepada kedua bapanya yang membolehkan dia membuat keputusan bagi merancang kehidupannya dengan lebih baik. Nordin belajar sehingga PHD dan mendapat keputusan yang bagus. Pembiyaan pelajarannya juga disponsor penuh oleh pihak universiti. Hasnan pula hanya ada SPM dengan keputusan yang biasa. Kemudian mereka melalui alam pekerjaan dan mula mencari duit. Kedua-dua ayahnya itu berjaya mencari kerja dan mempunyai pendapatan yang bagus. Nordin sentiasa berkata “Aku tidak mampu membeli barang ini”. Hasnan sentiasa berkata “Ba