Teknik Asas Forex dan Fibonacci Retracement - FIBO GEAR


Assalamualaikum, saya Afzal. Saya mula menceburkan diri dalam bidang forex sejak hampir 2 tahun lepas. namun, masih banyak yang perlu saya belajar untuk menambahbaikkkan skill yang saya ada ini demi menyara keluarga tercinta. Saya belajar ilmu ini daripada kawan saya iaitu AreMatt atau @Syukriahezan (id telegram die). Kalau anda nak tahu, dia ni juara Blackshot 2016 untuk pertandingan dalam Malaysia. Kira mcm orang paling power main game ni. Tapi tu dulu, sekarang dia main forex pulak.


Teknik yang saya belajar ini dinamakan Fibo Gear. Fibo Gear kalau nak belajar betul-betul kene pergi kelas berbayar. So saya boleh share sikit ja. Kalau nak belajar lebih, join group telegram Fibo Gear dan mereka akan bagitahu bila ade kelas nanti. atau boleh juga follow facebook page Fibo Gear.

Ok done promote. Mari kita mulakan.

Saya suka menggunakan naked chart. Naked chart bermaksud graf dan screen anda itu bogel. Maksudnya kosong. Tidak pakai ape-ape indicator. Naked chart adalah chart dimana kebanyakan trader profesional di luar sana gunakan, termasuklah bank negara. Paling banyak pun mungkin akan guna moving average. But pada saya, saya tak suka ada apa-apa dalam chart saya. So saya akan biar kosong macam tu sahaja. Yang akan saya conteng adalah beberape trendline, fibonacci retracement dan mungkin beberape horizontal line sahaja.

Fibo Gear menggunakan beberapa fibonacci retracement pada timeframe yang berbeza untuk mendapat entry dan exit yang tepat. Tapi sebelum masuk ke bab itu, haruslah anda faham basic dalam membaca price dalam forex.

Trend

Price berubah dari saat ke saat yang seterusnya. Trend adalah pergerakan price menaik, menurun atau mendatar. Trend terbahagi kepada 3 iaitu uptrend, downtrend dan sideway. Apabila uptrend kita fokus buy, dan bila downtrend kite sell. Apabila sideway muncul, kite tengok dan tidur. Itu yang paling selamat. Jadi, bagaimana kita mengenal pasti sesuatu trend itu?


Ok ini merupakan pair GBPJPY Daily. Anda dapat lihat price membuat LL, kemudian LH dan selepas itu LL semula. Price naik semula berkemungkinan akan membuat LH sekali lagi. Jadi trend apakah ini? Jika menurun maka ia downtrend. Jika menaik ia uptrend. Price juga sudah menyentuh trendline yang telah saya lukis itu. Maka, ade high posibility untuk price berhenti naik dan sambung turun semula dan membuat LL. Mari ktia lihat pada timeframe yang lebih kecil supaya lebih jelas analisa kita. Ingat, timeframe kecil yang membentuk timeframe besar.



Ok ini pada timeframe H4. Trend apakah ini? Ada HH dan HL maka ini adalah uptrend. Nampak tak? Timeframe kecil uptrend tapi timeframe besar downtrend. Ini bermaksud timeframe yang lebih besar adalah lebih berkuasa dan patut diberi perhatian lebih.

Jika anda lihat, price sudah pun break previous low dan buat LL. apakah yang sedang berlaku? daripada HL dan HH tiba-tiba LL. Ini bermaksud price mungkin akan bertukar arah menjadi downtrend selaras dengan timeframe yang lebih besar iaitu pada Daily. Jadi apakah langkah seterusnya?

Tarik Fibonacci Retracement



Ini adalah fibonacci retracement. Boleh cari dekat Add Object kemudian scroll ke bawah dan pilih fibonacci retracement. Untuk kes uptrend jadi downtrend (UJD), level 0 adalah pada high sebelumnya. Itu juga adalah level stop loss anda. Manakala level 100 adalah pada low sebelumnya itu. Entry level pula adalah pada 23.6, 38.2, 50, dan 61.8. Tapi level kegemaran saya adalah pada level 50. Kebiasaannya saya cuma akan masuk satu entry sahaja sebab account saya standard account (modal semut). Jika anda guna micro, mungkin boleh bahagikan kepada setiap level yang ada tadi untuk jaga money management anda. Take profit pula adalah pada level 161.8. Saya cume akan target 161.8. Anda juga boleh target 261.8 atau 423.6. Tetapi saya suka play safe. Dapat sikit-sikit pun jadilah.

Jika nak hold pun boleh. Kadang-kadang saya juga buat. But bile price cecah level 100, saya akan gerakkan stop loss kepada entry level. Ini bermaksud jika price naik balik teknik fibonacci ini dah jadi tak cantik dan pada saya tak valid. So saya akan close je sebab dah bercanggah dengan teknik saya.
Untuk kes downtrend jadi uptrend (DJU) pula, just terbalikkan level 1 dan 100 dan anda akan dapat cari entry dan exit point.

Result



Lihat, terbukti price naik dulu ke 23.6, buat LH then turun break previous low mencipta new low iaitu LL. Kali ini price bergerak laju dan terus ke 161.8 tanpa buat apa-apa pullback. Dapat juga kaut dalam 280pips untuk single entry. Kalau tengok dalam gambar saya masuk 2 entry. Dah 560pips. Dapat la lebih kurang 50usd kalau guna lot paling halus. So itulah asas dalam Forex menggunakan Fibonacci Retracement.

dalam Fibo Gear teknik ni dipanggil FG1 dan FG3. FG2 dan FG4 cuma akan diajar di dalam kelas. Jika anda berminat untuk join dan belajar dengan lebih mendalam bersama sifu-sifu kami yang super awesome, click link join group public telegram Fibo Gear dan boleh la join jika mereka buat announcement untuk buat kelas.

Terima kasih dan semoga berjaya dalam kerjaya anda sebagai trader. :D

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berbaloi ke keje jadi drafter?

Idea Sukaneka untuk Family Day

Aku Rugi buat Personal Shopper! Pengalaman PS Langkawi

Family Day di Rumah Peranginan TNB, Cameron Highland

Tradingview VS Metatrader