Resepi Puding Caramel tanpa telur dan roti
DI cuaca yang begitu panas ni paling best dapat makan bende yang sejuk2 fresh klua dari peti. tapi malas lak nak buat itu ini. so marilah kite buat puding caramel yang super easy ni. resepi ni tidak menggunakan roti atau telur. jadi bile makan tu rase nikmat je. tak rase kenyang. macam makan desert kat hotel2. jadi jom tengok resepi die dulu.
puding caramel yang super easy!
berkilau kau
tak sabo nak makan >.<
cantiknya texture die
BAHAN-BAHAN PUDING
- 1 paket agar-agar (10g)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 4 cawan air
- 3 sudu besar tepung kastard
- 1 tin susu cair
- ½ cawan gula pasir
- ½ cawan susu pekat
BAHAN-BAHAN CARAMEL
- 2 senduk gula
- ¼ cawan air
CARA PENYEDIAAN
- 1st kite buat karamel die dulu. actually name je gah karamel padahal gule hangus je. ok, campurkan gula dan air. then panaskan kat atas api dapur gune api perlahan. panaskan sampai jadi macam kaler air karat. coklat perang2 gitu. sambil tu kacau bagi rata air tu. bile dah perang, tutup api dan ketepikan. bia die sejuk sendiri.
- next kite buat puding die. satukan semua bahan puding tu then panaskan kat guna api sederhana. kacau hingga mendidih. pastikan kacau selalu baru mixture die sekata dan texture puding tu cantik bile makan nanti. baru cantik nak amek gambar haha.
- ok bile dah mendidih, tuangkan semua mixture puding tu dalam karamel yang dah sejuk tadi.
- then bia die sejuk sendiri dalam 30min, baru masukkan dalam peti sejuk.
- bia dalam peti selama at least 2 jam baru makan. (sabar ye)
Comments
Post a Comment