5 Cara Mudah buat Pendapatan Pasif



Penat kerja dari pagi ke petang setiap hari?
Nak mintak cuti pun boss tanye macam2?
Tak sanggup lagi nak keje bawah orang?

Anda datang ke tempat yang betul. Di sini saya nak share beberape cara untuk kite orang biase2 ni buat duit secara online. Zaman sekarang ni semua bende pun online. Media social banyak membantu dalam perniagaan. Facebook, instagram, blog, twitter, dan macam2 lagi, digunakan untuk mempromosikan produk2 jualan. Tapi saya taknak cerita pasal bisnes dekat sini. Saya nak share cara buat duit tanpa modal dan boleh buat 100% online tanpa jumpa sesiapa pun.

Cara yang saya nak share ni bukan cara yang cepat untuk jadi kaya. Sebaliknya, die akan run slow mula2, then lama2 die akan berbuah jadi banyak. Kite boleh klasifikasikan cara ini sebagai low risk, high reward, sebab memang tak guna modal langsung dan 100% dibenarkan oleh undang2 Malaysia, mahupun negara lain. Mesti tau cara nak buat dulu, kalau salah cara buat bertahun2 pun belum tentu akan dapat hasil.

Ramai yang dah berjaya menggunakan cara ini. Cara ini banyak digunakan oleh negara2 yang sudah maju. Dan kini Malaysia tidak juga ketinggalan untuk menggunakan teknik ini. Disarankan supaya jangan terus berenti kerja anda semata2 untuk start buat bende ni. Kerje dulu macam biase, malam2 and hari minggu boleh la buat kerje extra ni. Start buat part time dulu. Nanti bile dah berbuah banyak sampai lagi banyak dari gaji kerja asal, boleh la plan untuk berenti keje tu and enjoy pergi jalan2 tapi duit masuk tiap bulan.

Tujuan saya nak share ni adalah untuk membantu golongan muda anak2 Malaysia untuk menceburi bidang ini dan janganlah jadi hamba orang. Bukan 1 jalan je nak buat duit ni. Banyak lagi cara di luar sana. Open minded sikit.



Cara-cara nya adalah :

BLOGGING

Blogging ni adalah tempat untuk kite tulis cerita, or tulis diari, nak share ilmu, or apa sahaja yang anda mahu tulis di internet supaya ia bole dibaca oleh orang lain. Ade 2 platform untuk start blogging yang saya syorkan. Blogger atau Wordpress. Saya personally lebih sukakan Blogger. Ikut suke masing2. Ade yang suke wordpress sebab design lagi teratur, but tujuannya same je sebenarnya. Nanti boleh kite bincang pasal perbezaan Blogger dan Wordpress.

Nak start senang je, just pergi ke www.blogger.com or www.wordpress.com. Register sebagai ahli baru and pilih pelan yang free. Kalau nak baya boleh, ade pelan yang berbayar. Plan yang berbayar akan ade lebih banyak feature yang boleh kite main2. Sebagai contoh, boleh pilih design yang lagi cantik, auto reply email, and banyak lagi. But for now pilih yang free je. Pelan free akan tambah .blogger.com kat belakang domain anda. Sebagai contoh, www.malaysiaboleh.blogger.com. Guna je dulu domain tu, nanti dah dapat banyak traffic boleh la upgrade plan tu untuk buang .blogger.com tu.

Adalah sangat penting untuk update dan post cerita baru secara berterusan. Lebih banyak post anda, lebih senang untuk blog anda keluar di google dan yahoo. Apabila sudah banyak orang melayari blog anda, bolehlah anda installkan Google Addsense pada blog anda. Google Addsense akan membayar anda mengikut brape banyak view dan brape banyak click yang anda dapat pada link yang diregisterkan. Cara untuk kire betul2 keuntungan die nanti saya buat lagi satu post. Senang cerita, bilangan traffic yang akan menentukan keuntungan blog anda. Google Addsense akan bayar anda melalui Paypal. Click register untuk register Paypal secara percuma.

YOUTUBE



Youtube merupakan blog dalam bentuk video. Menggunakan konsep yang sama, youtube membayar anda melalui jumlah click yang anda dapat, tempoh view video anda, dan berapa subscriber yang anda ada. Register sebagai ahli youtuber adalah percuma. Anda juga perlu sentiasa update video baru supaya subscriber anda berpuas hati untuk terus subscribe anda.

Perbezaan yang ketara antara blogging dan youtube adalah post anda dalam bentuk video. Anda perlu terlebih dahulu install sofware untuk edit video, sebuah camera untuk record video, atau mungkin sedikit sound system seperti microphone. Gunakan kreativiti anda.

EBOOK


Ebook adalah buku yang kite tak boleh pegang. Nama panjangnya adalah Electronic Book. Ebook kebanyakannya dalam bentuk pdf. Dulu penulis buku kene pergi mencetak buku dan banyak cost digunakan untuk jual buku. Kini tidak lagi. Anda boleh jual buku di amazon.com dan kindle.com
pembeli akan download ebook itu, jadi tiada kertas akan digunakan. Maka tiada modal langsung diperlukan untuk jual ebook ni. Amazon dan kindle akan bayar beberape % kepada anda kerana anda mengunakan servis jualan mereka. Pada saya ianya berbaloi kerana anda hanya perlu jual sekali sahaja, dan ebook anda akan dijual tanpa henti.

Sebagai contoh satu ebook dijual 5$. anggaran keuntungan anda adalah 4$ pada setiap pembelian. Seminggu anda siapkan 1 ebook. Sebulan ada 4 ebook. Setahun anda ada 48 ebook. Jika sebulan anda ada at least 2 pembelian untuk setiap ebook, bulan pertama anda telah pun menjana 384$ sambil tidur. 384$ adalah lebih kurang Rm1612. Sape nak bagi?

AFFILIATE MARKETING


Affiliate marketing adalah mengiklankan jualan orang lain. Sebagai contoh, Ain adalah pengguna tudung Neelofar. Ain sentiasa update gambarnya memakai tudung itu di instagram dan facebook. Pada caption setiap post itu, Aina sertakan sekali penjual tudung yang dipakainya itu. Ni kite panggil shoutout. Jika ada sesiapa yang berminat, terus boleh click pada link yang disediakan itu. Maka Ain telah pun mendapat sedikit commission kerana telah membantu membuat jualan tudung itu.

Pastikan anda membuat perjanjian terlebih dahulu dengan penjual untuk membuat sebarang affiliate marketing. Tapi boleh je nak buat shoutout suke2. Nanti kalau ramai orang like gambar anda, dan anda juga menjadi lebih terkenal. Maka lebih senang untuk penjual itu menerima anda. Anda juga boleh buat affiliate marketing di youtube dan blogger.

JUAL GAMBAR DI INTERNET


Hobi anda ambil gambar? Kenapa tidak jual gambar itu dan buat duit? Sekarang camera phone pun dah canggih dan mampu untuk mengambil gambar yang cantik lagi berkualiti tinggi. Perlukan sedikit modal untuk beli phone yang mampu mengambil gambar. Ataupun, untuk beli camera dslr yang paling murah boleh dapat dalam rm2000. Gadget tak penting untuk menghasilkan gambar yang berkualiti.

Terdapat banyak platform yang anda boleh cuba untuk jual gambar. Sebagai permulaan anda boleh mula dengan jual gambar anda di Fotolia, Alamy dan Shutterstock. Semua website itu adalah percuma untuk register. Anda akan dapat hasil jual mengikut % comission yang ditetapkan oleh setiap platform tersebut.

Anda boleh jual apa jenis gambar pun. Dari gambar barangan rumah biasa sehingga gambar kahwin profesional. Yes, walaupun gambar sudu pun ade orang beli. Pastikan gambar yang anda jual diambil oleh camera sendiri. Anda juga boleh jual gambar di website atau blog yang anda telah pun buat tadi. Tapi perlukan sedikit coding supaya orang boleh beli dengan mudah dan secara online melalui blog anda. Saya syorkan upah orang untuk setting bende ni pada blog anda.

Okay itu sahaja dari saya. 5 cara buat pendapatan pasif. Jumpe lagi di post seterusnya. :D

Comments

Popular posts from this blog

Berbaloi ke keje jadi drafter?

Idea Sukaneka untuk Family Day

Aku Rugi buat Personal Shopper! Pengalaman PS Langkawi

Family Day di Rumah Peranginan TNB, Cameron Highland

Tradingview VS Metatrader