Aku Rugi buat Personal Shopper! Pengalaman PS Langkawi
Baru-baru ni aku saje test market and kebolehan aku untuk jadi personal shopper. Bagi yang xtau personal shopper ni kerja die tolong orang untuk beli barang yang client tu nak. And then bawakkan barang tu smpai ke tangan client. Xkisah guna pos pun boleh. But, itu la maksudnya. Dengan upah yang aku set sendiri which is 10% for each product. Aku tengok, ade orang lain set Rm10 untuk setiap jenis barang. Up to masing2 macam mane nak ambil profit. So untuk test kebolehan aku, aku letak 10% sebab seems nice bile orang dengar, aku amek upah 10% je dari harga barang. So xdelah naik mahal sangat barang tu.
Minggu lepas aku ke Pulau Langkawi. Langkawi terkenal dengan barang bebas cukai. Antara barang yang fames dijual dan ramai orang beli kat sini adalah cokelat dan alatan dapur. Kedai fames pulak mestilah Haji Ismail Group. Korang boleh cari die tulis HIG dengan tema warna hijau kat mane2 di sekitar langkawi ni. Depa ada banyak cawangan untuk memudahkan pembeli.
Murah sangat ke cekelat kat Langkawi ni? Kalau korang tengok dekai kat KL cokelat Daim boleh sampai Rm27. Kalau kat Lazada pun ade jual, dalam Rm20-25. Tapi kat Langkawi HIG jual Rm13.50. Haa murah ke? Kalau beli 3 peket dapat discount jadi Rm40 sahaja. So kalau korang beli kat KL 3 peket dah Rm81. Almost 2 kali gande beb. Nak ke xnak?
Bukan sahaja Daim tapi, kalau kite tengok best seller product macam Whittaker’s Almond Gold. Kat Lazada die jual Rm15.90. Tapi kat Langkawi, HIG jual Rm9.90 jeh. Kan jimat tuh. Sebab tu la aku pikir, alang2 nak pergi bejalan kat Langkawi ni, bole la aku cari duit sikit kan. Aku xnak pegang stock, so aku jadi personal shopper je. Kalau ade orang order baru aku pergi beli. Safe sikit la. Xde la nanti kalau xde orang beli, barang tu rosak xde orang nak makan kan.
Lepas dah promote dan iklan kat facebook dan instagram, aku dapat la beberape order mostly from kawan2 se-office luls. Boleh la tu. Total barang aku order dalam Rm700+. So aku untung dalam 10% which is Rm70 sahaja. Aku macam terkedu kejap mase tu. Rm70 jeh? Ni nak check in luggage pun tak lepas nih. Dengan penat nak bawak beg cokelat yang super berat nih. Berbaloi ke aku buat semua ni?
Aku bernasib baik sebab aku pergi dengan family aku dalam 8 orang. So mengikut undang2 daripada Air Asia, sorang boleh bawak 2 bag. So pikul la sorang 2 bag nak bawak balik cokelat to KL. So tak perlu la aku bazir duit nak check in luggage, bag pun aku pinjam mak aku punye(nasib baik die bawak spare) so xperlu beli luggage baru pun. Lepas dah tau penat dan kelam kabut nya nak beli cokelat, nak jage anak, dan nak jalan2 sekali semua, so aku rasa ini sama sekali tidak berbaloi. 10% terlalu sedikit. Kalau 20% pun aku cuma akan dapat Rm140. Adakah Rm140 berbaloi sebagai upah beli cokelat tu? Aku rasa masih tidak cukup (haha tamak sungguh). Penat kot nak angkut bag. Kalau aku pergi sendiri macam mana? Nak kne check in luggage and beli luggage. Bag luggage aku tengok kat HIG ade promotion dengan resit Rm300 dapat discount bag jadi Rm79 je.
So keseluruhannya kalau aku pergi sendiri jadi Personal Shopper ke Langkawi, bermaksud aku bukannya untung pun malahan rugi! Kenapa orang lain buat untung tapi aku buat rugi? Pelik sungguh. Kalau korang ade idea mengapa, comment kat bawah baru aku tau mane silap ku.
Aku tengok Cik Epal buat personal shopper pergi negare omputih. Belikan handbag tali pinggang untuk client die di Malaysia dapat untung banyak jeh. Brape upah die amek? Sanggup pulak client tu nak bayar die mahal? Baik la die pergi sendiri beli, tidak ke?
Situasi yang terbaik untuk jadikan personal shoper ni profitable, bagi aku adalah hanya dengan mark up tinggi harga but kene pastikan lower daripada pasaran KL. Contoh, Harga daim kat Lazada tadi adalah Rm20. So kalau aku jual Rm18 still murah kan? So untuk setiap paket Daim aku untung Rm4.50. Itu bermaksud upah dalam 35%. Just nak cari orang nak beli dari kita tu je la susah sikit aku rasa. Sebab untung bagi client tu sikit je. Murah Rm2 ape la orang kisah sangat ye dok.
Atau boleh jadi penjual kat Lazada then jual Rm18. Rasanya mesti orang akan amek yang paling murah. Tapi itu kene postage pulak. Harga postage kalau ikut Pos Laju xde la mahal sangat pun. So kene rajin la isi birang and hantar barang ke pos office. Bagi aku kalau nak berbisnes jangan malas.
Tapi aku mungkin takkan buat personal shopper lagi dah. Sebab penat die lebih dari nak merasa untung haha. Aku ade anak kecil lagi so xsesuai aku rasa nak buat bisnes macam ni. So aku bagi kat korang je la sape2 yang nak buat tu aku galakkan. Semoga berjaya. Kalau ade jumpe mana2 tips pasal nak untung jadi personal shopper. Habaq mai kat sini. Ilmu memang aku suka belajar. Terima kasih awal2. :D
Ok thanks for reading dan jumpe lagi minggu depan setiap hari rabu ya! Salam
Comments
Post a Comment