Family Day di Rumah Peranginan TNB, Cameron Highland

7 AUGUST 2016


Family day kali ini kami buat dekat Cameron Highland. Wuuu hebat tak. Suasana sejuk2 atas padang hijau, dengan angin sepoi2. Sungguh tenang rasa. Kali ini cukup quota. Semua ahli keluarga berjaya menghadirkan diri walaupun kene kluar jauh sikit. Dari kelantan ke Cameron agak jauh beb bagi mereka yang tak pernah keluar berjalan. Nak pulak kene lalu jalan bukit kona2. Pening huih la.  So kami amat berterimakasih kepada semua yg berjaya menghadirkan diri.


Venue atau tempaat family day kami adalah di rumah peranginan TNB (kakakku kerja di TNB). Bukan sponsored by TNB pun hahaha. But kakakku apply nak pinjam kejap rumah kat sini utk melakukan aktiviti hari keluarga. Bayaran cuma Rm50 tetapi terbuka kepada staf TNB sahaja. Dengan izin tuan rumah dan Tuhan, aktiviti kami kali ini berjaya dengan jaya nya alhamdulillah.

Kami stay kat sini kejap ja, 2 hari 1 malam sahaja. But amat menyeronokkan bagi kami satu keluarga besar (xde la besar mane pun) dapat berkumpul dan mengeratkan lagi hubungan hebat ini. So sukaneka macam biasa, sy yang uruskan lah.


Aktiviti pertama - kutip gula2 paling banyak.
Barang yang diperlukan:
gula2, cumi, jelly, yogurt (sukehatilah asalkan makanan) dan tikar

Peserta cuma dihadkan kepada kanak2 sahaja. Kalau bagi budak besar main kang habis sume die kaut nangis lak budak2 tu nanti. Taburkan gula2 atas tikar then jarakkan peserta dengan tikar tu supaya mereka lari sedikit. Biarkan mereka gunakan kreativiti mereka cara untuk kaut sebanyak gula2 yang boleh dalam satu masa. Boleh guna baju, topi, seluar pun boleh lah.

Ok then lepas budak2 dah happy, kite mulakan permainan orang besar pulak. 1st  kita mesti bahagikan kepada kumpulan. Kami semua masa itu ada dalam 40 orang termasuk kanak2. So bahagi kepada 3 kumpulan, dapat la 1 kumpulan lebih kurang 8 orang. Yang lebih tu masuk2 je xkisah sangat.

Pembahagian team
Barang yang diperlukan:
3 keping gambar A3 (sy gunakan gambar kungfu panda, frozen dan upin ipin)

Pembahagian team kali ini sy buat lain sikit. Sy sudah pun print out 3 keping gambar sebesar A3. Then sy gunting gambar itu kepada 8 peice. Then masukkan dalam 1 balang and bagi ke setiap peserta. Dorang akan cari pasangan masing2 untuk complete kan balik gambar tadi tu. Siapa siap jadi 1 gambar yg sempurna balik dulu menang. Simple and fun.

Next bila dah ada team, masa untuk main game.
Game pertama kami main adalah telefon rosak versi grafik.
Barang yang diperlukan:
kertas A4, pen dan pengadil untuk setiap kumpulan


Pernah main telefon rosak? Ni game yang lebih kurang same tapi kita tukar sikit. Semua kumpulan berbaris dalam satu barisan. Peserta pertama akan diberitahu apakah objek yang perlu dilukis itu. Sebagai contoh, arnab. Setiap peserta diberi masa 30 saat sahaja untuk melukis. Mulut xboleh buka, means hanya lihat dan lukis. Jarakkan sedikit antara peserta pertama dan seterusnya. Selesai peserta pertama lukis, pusing ke belakang, tunjukkan lukisan tadi itu kepada peserta kedua selama 10 saat. Habis 20 saat seterusnya, xkire dah siap lukis atau x, pusing ke belakang untuk peserta seterusnya pulak sambung haaaa.. kelam kabut dibuatnya hahahaha!

Ok tak habis lagi ni. Bile sampai orang terakhir, die xperlu lukis. Task die cuma lihat gambar yang terakhir itu dan teka apakah benda itu. Sengaja kami bagi mok n ayoh jadi orang last. Bagi depa teka apa bende itu. Haha kelakar tngk ayoh teka. Mmg xrupe arnab la confirm.


Game Kedua pula adalah lakon dan teka
Barang yang diperlukan:
kertas dan pen

setiap kumpulan tulis 5 benda dalam kertas kecil dan masukkan dalam balang. Contoh benda, tiang lampu, memerang, arnab, siput. Bagi yang mudah sikit nak berlakon. Jangan hang bagi jadi meja lak. Siape boleh teka haha. Ok then wakil dari setiap kumpulan tampil ke depan and pilih balang dari team lain. Lakonkan benda yang tulis dalam kertas tu dan ahli kumpulan yang lain akan teka apakah benda itu.

ade jugak yang nak jadi ultrameng

mok ayoh pegang tangan potong kek. sweet sngt <3<3

Aktiviti malam pulak lepas dinner kitorang sambut birth day mama&papa, firdaus dan aini, dan juga mok ayoh. Makan malam and lepas tu tngk bole ramai2 (laki je la. pompuan sume tido).

Keesokan harinya kami pegi jalan2 la ape lagi. Tempat wajib pergi kat Cameron ni is Ladang Teh of course. Kitorang pergi Ladang Teh Boh. Nak amek gamba skali dekat view ladang teh yang super awesome ni huhu. Bukan senang nak jalan2 dengan family besar mcm ni sekali gus. 4 5 kete jugak  lah. Oh dan 1 lori. Naik ladang jugak kau. Terbaik cikwang.

Ladang Teh Boh. Korang tau ke kat mane kitorang amek gambar ni? Haa ce komen sikit

Lepas siap minum teh and rehat2 sekejap. Kitorang pun cari tempat nice nak berkelah untuk mkn tengahari. Next stop is Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands. Taman ni memang best. view yang cukup cantik, luas dan penuh dengan bunga.

Over la mamat kat tengah tu

Picnic dan makan2 bawah pokok

Stoberi is a must. Cameron kan

Sampai sini saje post kali ini. Jumpe di post seterusnya :D

Comments

Popular posts from this blog

Berbaloi ke keje jadi drafter?

Idea Sukaneka untuk Family Day

Aku Rugi buat Personal Shopper! Pengalaman PS Langkawi

Tradingview VS Metatrader