5 Bestbuy Vacuum Cleaner untuk bajet Rm150 - Rm250


Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak listdownkan top 5 vacuum cleaner untuk bajet from Rm 150 to 250. Haa buat ape nak beli mahal2 kalau yang harga biasa2 ni je pun dah cukup untuk kita ada rumah yang dust-free. Saya akan comparekan satu persatu mana yang bagus dan mana yang saya kurang suka. Dan pada akhir post ini saya akan nyatakan yang mana satu pilihan saya. Nantikan :D

Sabtu lepas berlalunya majlis perkahwinan sepupu saya di Ipoh, Perak. They look great! So me and my wife decide untuk beli vacuum cleaner sebagai hadiah. Kite nak bagi hadiah ke orang mesti la nak bagi yang bagus2 kan, saya pun godek2 la internet, cari kat lazada, shopee, mr google dan forum2 untuk cari the best vacuum cleaner for her. Saya juga nak pastikan harga nya tidak terlalu mahal, sebab biasa la barang mahal mesti la bagus. Thats why saya nak cari yang bagus tapi dengan harga yang berpatutan. Boleh dikatakan best value for the money la.

Sedikit nota untuk pengetahuan anda semua, semua point atau ciri2 alatan ini semua saya dapat daripada laman web official bagi setiap brand, forum perbincangan tentang perbandingan specs vacuum cleaner dan juga daripada reviews yang ada pada lazada dan shoppe. Anda juga boleh search jika anda ingin betul2 pasti tentang ciri2 mereka ini. Namun telah saya mudahkan anda semua supaya anda tak perlu nak pergi ke semua website2 seperti yang saya buat ini.

saya akan guna short term VC untuk vacuum cleaner.

Ada 3 bende penting sebagai point untuk saya decide mana yang the best untuk saya beli. Bukan tengok harga dulu. Kita mesti tengok kualiti die dulu then baru match dengan harga yang die offer.

Point pertama adalah, power die. Kalau anda perasan, ade dua jenis power yang akan depa bagitau(biasanya salesman), satu motor power dan satu lagi is suction power. Ni point yang penting wajib anda tengok kalau nak beli vacuum cleaner. Motor power tu kekuatan motor die. Brape laju enjin die pusing. Kadang2 walaupun enjin die pusing laju and bunyi kuat tapi sedut tak kuat pun. Haa tu la pasal, sebelum beli bace dulu. Suction power tu yang penting. Bende ni yang membezakan antara hang boleh sedut pasir dan habuk je, atau boleh sedut batu kecil kat dalam kerpet kereta, ataupun habuk kat dalam karpet rumah. Alang2 dah beli vacuum tu nanti mesti nak guna utk kereta sekali kan. So kene la amek yang kuat sikit baru la berkesan.

Point kedua adalah bag die. Kebanyakan design baru VC sekarang sume da tuka jadi bagless. So that xperlu nak beli bag die dah. Just bersihkan dengan air da siap. Lain la korang malas nak basuh, amek yang ade bag lagi senang. Da penuh tukar bag baru and you are good to go. Tapi untuk jangka masa panjang, amek bagless lagi bagus sebab xperlu nak pegi kedai semata nak beli bag vacuum je. Da bazir banyak masa dan tenaga kat situ.

Point ketiga adalah design die. Kebanyakan design VC still menggunakan design yang lame. Kosmetic value die xseberapa penting sangat. Yang saya maksudkan adalah ape features yang dia offer. Kadang2 ada yang xde roda, xde handle, so kene  tengok elok2. Panjang waya die pun kene amek tahu, nanti xperlu nak tuka2 soket banyak kali.

Ok itu saje point yang selalu saya tengok. Now mari kita lihat apa perbezaan antara semua VC yang saya pilih.


Anda boleh lihat semua product yang saya pilih adalah product yang agak branded ya. Kalau nak murah lagi boleh amek yang brandless tapi saya tak syorkan lah. Sebab biasanya kualiti depa tak jage. Saya letak delivery ke Puchong sebab kat situ rumah saya. Kalau anda betul2 nak beli, klick je kat link nama product itu nanti die akan bawa anda ke Shopee and korang beli dari situ. Pilih alamat anda dan anda boleh lihat harga bagi kos penghantaran.

Untuk detail point 1 dan 2 saya cerita awal tadi, korang boleh lihat kat dalam table yang saya dah buat tu. Kalau anda perasan, best buy setakat ini adalah Electrolux sebab dia ada suction power yang tertinggi which is 300W. Waranty 2 tahun. Paling lama compare to yang lain 1 tahun sahaja. Dan hanya berharga RM 148. yang lain tu mahai ja lebih but power xdak pung.

Tapi Electrolux ni ade downside die. Dia masih menggunakan sistem bag. Jadi kene rajin sikit pegi tukar bag tu. Bag tu pun cuma boleh tampung sebanyak 1L kotoran sahaja. But ok la not bad. Cord length tu panjang waya. 4.5m itu pun not that bad. Lebih kurang je actually. Point terpenting is berat die 3.9kg. Ianya agak berat untuk sis nak angkat die jalan2. Tapi nasib baik ade roda so ok la.

Next kite tengok design die.

1. Panasonic MC-CG370 < link to Shopee


Design Panasonic ni simple je. Macam VC yang dulu2. Cumanya die punye handle is pada atas body die tu. Kadang2 ade design die handle die kat bawah. So kalau kite nak angkat VC tu kene hati2, sebab habok boleh keluar dari lubang depan VC tu. Bijak kan sape yang design macam tu. (mari tepuk dahi die ramai).

Berat die pun 3kg sahaja. So amat ringan untuk ibu2 nanti nak buat keje. Tidak membebankan.

2. Sharp ECNS16R < link to Shopee


Next Sharp ni design die comel warna merah jambu gitu. Sweet sangat. Wife saya pun suka design n kaler die. Tapi handle die kat belakang. So kalau korang angkat VC tu nanti lubang nak masuk habuk tu akan ke bawah. So tak practical la nak angkat gitu. Ni la contoh design yang bijak.

3. Midea MVC-V12K-GR < link to Shopee



Orait design Midea ni pulak pelik sikit. Design baru sebab lubang habuk tu awal2 dah pun menghadap ke atas. Dan handle die pun kat atas body die. So xde issue akan jatuh habuk dari lubang habuk tu. Ada roda juga. So saya rasa design die ni ok

Midea ni brand baru sikit. Orang xbrape suke brand2 baru nak up ni. depa kate ade kualiti ke Midea? Boleh tahan lame ke Midea? I think xde beza pun. Brand je semua tu. Ada je pengguna Midea yang dah guna product Midea ni bertahun2 xde hal pun. lek ah

4. Khind VC8211 < link to Shopee


Seterusnya Khind. Design dia ni yang paling lain sekali sebab die xde roda. Die panggil design ni Hand VC. So boleh buat untuk vacuum siling dan tempat2 yang susah nak capai. Bawah sofa or meja. Disebabkan design die nak jadikan Hand VC, so berat die memang light la. Kalau tak macam mana nak angkat? Dust Capacity die pun kecik sebab nak reduce berat die.

5. Electrolux Z1220 < link to Shopee


Lastly Electrolux. Die menggunakan design lame but ada perubahan sedikit. Lubang habuk berada di atas dan handle juga boleh diangkat supaya kita angkat die secara mendatar gitu. So xde issue la habuk nak jatuh macam design2 yang lama tu. Ada roda dan amak firm design dia.

So saya rasa anda dah tahu apa pilihan saya. Of Course, saya pilih Electrolux sebab dia ada features yang dapat lawan semua product yang sebaris level dengan dia. Design pun menarik dan berkualiti. Tak lupa juga harganya pun xmahal mane. So ini merupakan kemenangan Electrolux yang abadi. Memang yang lain xbole lawan langsung haha.

Saya berharap sepupu saya tu sukakannya. Saya pun dapat VC masa saya kawen dulu and saya masih lagi menggunakannya. Amat berguna dan amat berterima kasih kepada siapa yang bagi hadiah ke saya dulu.

Biasanya blog ini mengisahkan tentang cara buat duit. Tapi kali ni saya share cara nak save duit xperlu beli barang mahal yang xde kualiti. Bak kata orang putih ‘1 penny save is 1 penny earn’.
Kita boleh guna duit yang kita save tu untuk keperluan kita yang lain.

Disclaimer: -
Sesetengah link yang ada pada post ini adalah link affiliate, dimana jika anda membeli product daripada link yang saya beri itu, saya akan mendapat sedikit komisyen daripada Lazada/Shopee, bukan daripada anda. So ianya amat membantu saya jika anda menggunakan link tersebut kerana saya akan post lebih banyak tentang bagaimana nak save duit dan berbelanja dengan bijak. Lazada juga menawarkan harga yang murah jika korang nak compare kedai2 yang besar. So baik beli dari Lazada je haha. Peti sejuk pun saya beli dari Lazada. Xde masalah pun. Kalau korang nak saya review pasal peti sejuk lak, korang boleh komen “review peti sejuk pulak plz” kat bawah then saya akan buat post nya.

Ok macam biasa, jumpa di post seterusnya. :D

Comments

  1. UTK YG PILIHAN JENAMA ELECTROLUX NI, BOLEH DIGUNA UTK CARPET DAN PERMUKAAN LANTAI BIASA KER

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saje. sy gune je utk sedut semua. pasir kat balkony pun layan. super usefull

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berbaloi ke keje jadi drafter?

Idea Sukaneka untuk Family Day

Aku Rugi buat Personal Shopper! Pengalaman PS Langkawi

Family Day di Rumah Peranginan TNB, Cameron Highland

Tradingview VS Metatrader