Umar Nadheem

31 Januari 2018

Hari yang cukup huru hara kalau orang tanye keadaan pada masa itu. Pada hari terakhir bulan Januari anak lelaki pertamaku lahir ke dunia yang sangat mencabar ini. Ku namakan sahabat kecil ini, Umar Nadheem. Setelah penat lelah isteriku berjuang, Umar Nadheem yang bermaksud ‘Sahabat yang memakmurkan’, lahir dengan cukup sihat dan sempurna. Alhamdulillah.


Selang beberapa hari sebelum Umar Nadheem dilahirkan, aku accident. Jatuh moto sorang2 atas highway kat lane kanan. Sehari sebelum nak balik Terengganu, sebab wife nak beranak kat kampung. Bile teringat balik klaka la jatuh moto sorang2. Apebende la hang ni. Xcool langsung. But ape boleh buat kan. Bende dah jadi. Haritu hujan. Balik keje dari KL nak ke Puchong balik rumah. Nak keluar makan ngan wife ni. Pikir dalam hati hopefully die xtunggu lame sangat. Dari KL ke Puchong amek masa dalam 45 min kalau naik moto.

Sikit ja lagi nak sampai. Lepas tol je tengah layan corner, ade kete tuka lane kat depan aku. Bagi signal la jugak tapi da masuk lane baru nak bagi. Secara spontan aku tekan lah brek. Sekelip mate aku terus jatuh xtau kenape. Aku syak sebab aku brek atas line dash putih kat tengah jalan tu. Golek2 lame jugak la nak sampai to a complete stop tu. Sampai terpikir mase tngh bergolek tu bile la nak habis pusing ni. Bile dah stop tu, lepas da maki driver depan aku tu dalam hati, aku try nak bangun, but gagal sama sekali. Aku tengok seluar kat lutut aku dah koyak. Confirm luka habis ni. Unable utk bangun so aku terus decide utk mengensot ke bahu kanan jalan supaya kereta belakang boleh teruskan perjalanan mereka seperti biasa. Nasib baik siku kanan aku xde luka. Siku tu la yang berjasa bawak aku ke bahu jalan. Alhamdulillah masih aku bernyawa.

Teringat balik pada masa wifeku mengandung ni, aku sering meminta doa supaya segala kesakitan yang dirasai oleh isteriku, kau pindahkan lah kepadaku, mahupun yang sudah, sedang ataupun yang akan berlaku kepada isteriku. Aku pikir dalam hati, ni la kot cara Allah S.W.T. nak memudahkan urusan isteriku bersalin nanti. With that in mind, aku tersenyum walaupun tangan dan kakiku penuh dengan darah dibasahi air hujan yang memedihkan setiap kali setitik air itu mengenai kulitku.

Beberapa motorist berenti untuk tolong aku. Mereka alihkan MK(nama moto aku) ke bahu jalan tak jauh dihadapanku. Amat ku berterima kasih kepada mereka sebab tolong aku pada waktu aku diuji. Moga jasa baik korang dibalas dengan lebih baik lagi. Pastu depa pun check keadaan aku. Tengok kalau2 ade tulang yang patah. Alhamdulillah semuanya ok. Cuma calar2 sikit ja. So aku terpaksa mintak tolong one of the motorist call my wife, bagitau yang aku accident, xdpt nak bawak die pergi makan kat lua. Kesian die mengidam. Nasib baik la brader ni pun pandai. Cara die bagitau wife aku tu xde la buat wife aku terkejut beruk. But based on macam mane die cerita balik tu macam dalam drama la jugak haha. Aku minta die datang ambil sebab ambulan pada masa itu xde yang available untuk amek aku.

Lepas beberapa minit wife aku sampai dan alhamdulillah selesai bawak aku ke clinic. Syukur sangat sebab xde sakit yang sirius. Xde la aku menyusahkan bini aku pulak nanti. Die da la nak beranak dah lagi beberapa hari. Sape nak jage siapa kan?

1st time eksiden teruk
Nak dijadikan cerita, secara kebetulan adik wife aku tu nak balik sekali. So die la yang bawak kereta, drive dari KL ke Terengganu. Kalau die xde, xtau la macam mane jadi. A very big thanks to him! Aku pun xde masalah untuk naik kerete, so dapat la tunaikan hasrat bini aku nak beranak kat Terengganu.

Dah sampai kat ganu ni, wife aku pun pergi la buat checkup kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Tup2 kene tahan lak. Bile buat test tu, doc cakap degupan jantung anak dalam rahim tu laju. So kene buat additional test. Doc tu rasa macam xsedap hati. So baik die buat retest supaya dapat result yang macam yang die nak. Tak sampai sehari wife aku duduk kat hospital, doc tu suruh buat emergency deliver. Maksudnya die suruh kasi beranak terus. Sebabnya degupan jantung bayi laju, mcm die susah nak bernafas. So kalau delay lagi die takut jadi bahaya. So kitorang pun ikut je la dah doctor kate gitu. Mereka lebih tahu.

Depa bagi wife aku induce untuk cepatkan pembukaan laluan tu. Kalau boleh nak beranak normal. But lepas beberapa jam, laluan tu xterbuka sangat so depa bawak wife aku pergi labour room. Nak ready untuk beranak normal nih. But bila depa pecahkan air ketuban tu, air yang keluar tu dah kotor. Depa terus decide untuk emergency ceaser. Aku pada masa itu blur2 la ape yang sedang berlaku ni. Pastu ade satu doc ni datang kat aku. Die explain. Die kate bayi dalam rahim tu dah berak sbb tu degupan die laju, sebab sesak nafas. So die suggest untuk buat emergency ceaser. Lepas siap sign semua document tu kat situ jugak, depa terus bawak wife aku pergi bilik bedah.

Aku cuma ikut wife aku dari belakang. Melihat air muka isteriku yang lemah dan kepenatan, aku senyum dan berkata kepadanya “its ok. Semuanya akan ok. Be strong”. Then wife aku pun pergi meninggalkan ku ke bilik bedah untuk berjuang melahirkan zuriatku. Suami hanya dibenarkan untuk tunggu diluar bilik bedah. Scene die memang sama macam dalam drama2 melayu. Aku sorang2 je kat lua ni menunggu jika ada orang buka pintu bilik bedah untuk memaklumkan kepadaku bahawa isteriku selamat melahirkan.

ni view aku mase tengah tunggu.
 intai2 tngk ikut cermin yang boleh nmpk tu kot2 wife aku nak keluar

Cuma berbekalkan ayat kursi dan buku yasin yang telah disediakan di tempat duduk ini, aku meminta sekali lagi pindahkanlah kesakitannya kepadaku. Selepas 1 jam berlalu, ada sahabat kecil tiba2 keluar dari pintu bilik bedah. Nurse yang bawak tu kate “mari sini si bapa. Azankan anakmu”. I was like ok waw. My SON! (aku memang dah tau die lelaki sebab mase scan monthly doctor dah bagitau). Setelah selesai azan, aku bertanyakan keadaan isteriku. And nurse tu kate die baik2 aja. Syukur alhamdulillah. Tak sempat aku nak duduk balik, nurse tu bagi sehelai kertas dan mengarahkanku untuk register nama anakku itu kat tingkat bawah.

Lepas selesai turun naik uruskan hal anak aku tu, aku naik balik ke bilik bedah untuk tunggu giliran isteriku pula. Tak sampai 10min aku tunggu, isteriku keluar. Wajah nya penat dan tidak bermaya. But melihat wajahnya aku katakan tahniah kepadanya lalu dia tersenyum.

Lega ku rasa lepas isteriku keluar. Selesai sudah moment yang paling kitorang tunggu2 selama ini. Aku harap aku melaksanakan tugasku sebagai suami dengan sempurna. Thank you sayang sebab bergadai nyawa membawa dan melahirkan zuriatku. Umar Nadheem dengan berat 4.25kg selamat lahir didunia dengan sihat dan comel sekali. Bulat pipinya membuatkan semua nurse geram nak cubit pipi die.

Aku berharap Umar Nadheem membesar dengan sihat dan berjaya jadi kaya bila besar nanti mengikut caranya yang tersendiri.

Hip hop sikit 

Kini Umar Nadheem dah pun 6 bulan. Dah pandai gelak bile main dengan orang. Dah macam nak berlari pun ade. Cepat sungguh masa berlalu. Daddy mu ni still lagi dok teringat mase kamu lahir macam mane haha.

sibuk la daddy ni. Umar tengah main dengan Jiji ni

Biasanya blog ini akan berceritakan tentang cara untuk buat duit. But kali ini saya decide untuk buat lain sikit dengan meceritakan lebih lagi tentang diri saya, supaya anda lebih memahi saya. Saya seorang bapa yang sedang struggle financially. Saya ada impian untuk berhenti kerja tetapi still ada gaji bulan2. Kaya itu subjektif. So target saya adalah konsisten gaji bulan2 yang banyak walaupun saya tidak bekerja. Terdapat banyak lagi cara untuk buat duit. Bukannya kerja 9am – 6pm je.

Ok done membebel. Jika anda suka article ini, like post ni kat fb page saya. Komen di ruang komen “Goodluck Daddy!” di ruang komen di bawah untuk emotially sokong saya. Share post/article ini kepada kawan2 anda supaya mereka boleh belajar bersama. Demi mengukuhkan kedudukan kewangan keluarga kita pada masa hadapan. Mari ubah hidup kita dengan tangan kita sendiri.

Tekan saje mana2 link di panel di bahagian kanan website ini untuk lihat post2 yang hebat dan bermanfaat untuk belajar dengan lebih lanjut. Jumpe di sana!

Comments

Popular posts from this blog

Berbaloi ke keje jadi drafter?

Idea Sukaneka untuk Family Day

Aku Rugi buat Personal Shopper! Pengalaman PS Langkawi

Family Day di Rumah Peranginan TNB, Cameron Highland

Tradingview VS Metatrader