Umrah 2019 - Mekah
Happy 1st Birthday kepada Umar Nadheem. Cepat btul kamu besar. Dapat 1 slice of kek which die x makan pun haha. ok la tu. beza betul gambar ni bile compared dengan yang sekarang. Moment ni merupakan titik permulaan kami (aku & isteri) untuk meninggalkan Umar utk beberapa hari untuk ke Mekah nak buat umrah. 2nd time aku dapat jejakkan diri ke tanah suci ini, dan bagi isteriku pula, ini merupakan kali pertama baginya. so excited semuanya (sy pun).
Happy 1st Bday :D
3 Feb 2019
1st time nak tinggal Umar lame, 10 hari lak tuh. Berat betul rase mase nak tingal tu. Amat berterima kasih kepada Ibu dan Abah (mertuaku) sebab sudi untuk jage Umar selama kami xde kat Malaysia. InsyaAllah kite pegi ramai2 lak nanti, sekali ngan Umar pun.
posing kat KLIA. xtau die nak kene tinggal
Kami pergi dengan Tabung Haji pakej Fairuz. Any information boleh refer kat sini. Lepas dah briefing dan bace doa ape yang patut oleh ketua ustad yang nak bawak kami tu, masing2 pun say bai2 kepada ahli keluarga masing2.
bai Umarrr
Sayang btul mummy die
Dah settle semua tu, aku pun tukar pakaian ihram sbb nanti nak kene niat atas kapal terbang mase lalu miqat. Akan sampai ke miqat dlm sejam sebelum mendarat. so better pakai terus siap2 sebab takut urusan nak pakai tu nanti melambatkan kita.
siap doh pakai ihram
Sampai2 tu kitorang terus buat umrah so sorry sangat sbb xde gambar nak tunjuk mase kejadian. Orang kate nak buat sesuatu tu biar bersungguh baru amalan kita diterima. Thats y ade time skip hehe. For your information, kitorang sampai Mekah tu dah malam and kitorang terus buat umrah sbb xmau tangguh. Kami selesai semua urusan umrah rasenya dlm pukul 12pagi waktu Mekah / 5pagi waktu Malaysia. Yes memang penat but aku rase sangat best sbb memang 100% into the ibadah dan tiada gangguan lain.
solat sunat lepas siap umrah
Kami penat sungguh so terus balik hotel untuk tidur dan rehat. Hotel kami untuk pakej Fairuz TH adalah di Hotel Al-Shohada, dlm 11min je dari luar Masjidil Haram. ok la bagi kami yang muda2. Nak best amek hotel clock tower tu memang puas hati. Turun je dah ade dalam masjid. Terbaik!
dekat la juga. kadang2 jalan ke masjid tu yang buat jadi seronok
Dah rehat kejap kami pun bangun balik untuk pergi Subuh, solat jemaah pertama di sini. Perasaan yang amat berbeza dari mase pertama kali datang dulu. Dulu budak hingusan je xtau ape. Now dah besa sikit tapi masih hingusan hah.
tinggal mama n papa. kami jalan dulu hehe
sangat kami beruntung dapat datang sini Alhamdulillah
view dari atas, orang buat tawaf lepas subuh. MasyaAllah
Clock tower yang fames. gambar dari rooftop
Kat sini waktu tidur depa pelik sikit. Is actually lepas subuh baru depa tidur, and malam dorang akan aktif di masjid. so kami pun balik hotel sambung tidur. Then get ready untuk ke masjid semula pada waktu Zohor. Disebabkan kami malas nak ulang alik, kami stay kat masjid je untuk Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak so that xde la penat jalan nak balik hotel je kan. Penat jalan shopping la kot haha.
balik dari masjid
dah Zohor. Magnificent view
Lepas solat Zohor bole pegi jalan2 dulu. Kami pun decide nak pegi tengok2 la kan, 1st time datang. Ade banyak kedai kat bawah Clock Tower tu. kalau bosan makan makanan hotel pun bole je makan sini. Nasik Arab or fast food pun ade banyak. best betul datang negara Islam. memang semua 100% halal.
makan eskrim luh
posing depan masjid
Esok nya hari ziarah. boleh ikut kalau nak. Kalau xmau boleh je buat ape yg korang nak. but alang2 memang org dah sediakan, so jom ziarah.
tunggu cukup quota kat lobby
Jabal Rahmah dan kekasih hatiku
Jabal Rahmah merupakan sebahagian daripada Padang Arafah dimana orang yang mengerjakan Haji akan berwukuf. so boleh la tengok tempat ni amek feel die. Jabal Rahmah juga terkenal sebagai Bukit Kasih Sayang dimana Nabi Adam A.S bertemu Hawa selepas dipisahkan.
Selesai ziarah, kami pun balik hotel and get ready untuk Zohor.
orang beratur amek makanan derma
Lepas Asar tu, kami teringin nak try bagi derma kat tempat makanan tu. Memang kami pasang niat dah sebelum datang tu nak bagi derma orang makan kat sini. Dorang ni datang Mekah just for the sake untuk datang mekah buat umrah. Duit makan depa akan pikir kemudian, or depend on kalau ade orang nak bagi derma je.
sini tempat orang beratur paling banyak
Ade banyak jenis kedai korang boleh try gak. Kate je kat orang kedai tu "Fisabilillah" then bagi duit. die akan guna duit yang kite bagi tu untuk buat makanan paling basic dan agihkan makanan tu kepada yang beratur tu. Kite akan diberi option untuk hulurkan sendiri makanan tu, tapi aku suruh je orang kedai tu yang agihkan, die lagi pro. Alhamdulillah dapat juga tunaikan hasrat yang dah lame simpan. semoga diberkati semua amalan kami.
view dalam Masjidil Haram
Masjid ni amat besar. ni hallway die je. pastikan x sesat kay
Next day Umrah day kali kedua. Kami pun siap2 then naik bas untuk ke miqat umrah 3 iaitu Masjid Hudaibiyah. Sorry again xde gambar sebab ya 100% fokus bile buat umrah hehe.
ni bile dah siap umrah. Alhamdulillah
Rezeki kami dapat rase Solat Jumaat di Masjidil Haram. Suasana die lain oh. Ingatkan mase umrah xramai la orang kat sini. tapi bile Jumaat, penuh macam musim haji manusia. Disarankan masuk masjid lebih awal daripada biase. kalau boleh 11am dah ade kat masjid, sbb pukul 12 tu dah penuh. so be prepared kalau x, solat kat luar la korang.
dapat solat kat tingkat 1. ok la kan
manusia dari seluruh pelusuk dunia
ramainya manusia
tidak akan kulupakan pengalaman ini
Bersyukur sangat diberi peluang untuk datang ke tanah suci ini. Semoga segala amalan kami diterima dan diberkati. Dapat sentuh Kaabah dan solat dalam Hijir Ismail pada waktu pagi sebelum kami buat tawaf wada pada petang hari. Terima Kasih, semoga kami dapat datang lagi ke sini.
Click di sini untuk ke bahagian 2 - Madinah (coming soon)
Comments
Post a Comment