4 Cara untuk jadi KAYA. Tips untuk anda mula dari sekarang!


Pernah tak anda berasa seperti seorang yang gagal bile tak boleh beli barang yang anda mahu?
Hutang ptptn yang terlalu besar dan asyik bertangguh bile tah nak bayar?
Kawan-kawan anda semua sibuk post gambar pergi bercuti kat instagram tapi anda masih tersekat dekat lampu merah?

Semua itu sebenarnya boleh diubah. Yep. Bukan mustahil. Cuba Tanya diri sendiri, best kan kalau dapat berenti keje and relax je kat rumah xperlu buat ape? Or pergi jalan-jalan, pulau ke pulau dan xperlu kisah pasal budget?

Itulah ciri kehidupan orang yang dah berjaya dalam pengurusan wangnya. Bukan mudah untuk mencapai ke tahap ini. Namun ia tidak mustahil jika kite mula dari sekarang. Setiap manusia mempunyai latar belakang yang berbeza, jadi, buat lah ape yang boleh bagi mengubah kehidupan anda mencadi apa yang anda impikan.



Ramai orang yang nak jadi kaya. Tapi bile ditanya apa yang kamu buat demi mencapai impian itu? Bagi kebanyakan orang, setiap kali gaji masuk, lepas tolak semua hutang yang ade, yang tinggal seciput je dalam akaun bank. Itulah yang nak digunakan untuk makan minum sekeluarga, untuk anak-anak. Di situ kita dapat lihat pengurusan wang yang tidak terurus. Ini boleh mengakibatkan banyak kesan negatif terhadap keluarga tersebut.

But enjoy tu enjoy juga. Cuma berpada-pada lah mengikut kesesuaian gaji yang anda ada. Ingatlah pepatah melayu mengatakan bahawa, ‘bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’.

Jadi apa yang kite wajib buat demi mencapai impian kita ini?

1. Kurangkan semua perbelanjaan yang tak perlu


Paling penting adalah kurangkan atau hentikan segala perbelanjaan yang tidak perlu/wajib. Bende ni la yang paling membebankan kite dan yang paling susah nak berhenti. Ibarat perokok yang nak berhenti hisap rokok. Contoh perbelanjaan yang tidak perlu adalah;


Makan yang mahal seperti Johny’s, Starbuck’s, Nando’s, atau McDonald juga dikategorikan sebagai makanan mahal. Cukup sekadar beli makanan di warung atau beli barang asas di tesco dan masak sendiri adalah jauh lebih menjimatkan.

Wayang pun tak perlu. Cerita wayang ni tujuan dia satu je, iaitu melalaikan kita. Dah la harga nya pun mahal, baiklah guna duit itu ke bahagian yang lebih memerlukan.  Contoh-contoh lain adalah pusat karaoke, t-shirt branded, dan kasut. Untuk apa semua ini sebenarnya? Tanya diri sendiri. Jutawan Mark Zuckerberg pakai baju sama je setiap kali die berucap. Baju tu pulak yang biasa-biasa sahaja. Kita ni nak pergi shopping mall je pun bukan main dress up.

Jadi konklusi nya, jadilah minimalist. Beli dan guna barang yang kita perlu sahaja. Dalam buku ‘Rich Dad Poor Dad’ ditulis oleh Robert Kiyosaki berkata, golongan miskin beli barang dan semua duit mereka pergi ke perbelanjaan iaitu expenses. Manakala golongan kaya meletakkan duit mereka pada sesuatu yang akan membayar mereka iaitu asset. Next time saya akan cerita pasal buku ni pulak.

2. Bayar semua hutang dulu


Habiskan bayar semua hutang secepat mungkin. Atas sebab apa? Bunga atau Interest. Satu penipuan oleh pihak bank yang dipesong hukumnya di dunia akhir zaman ini. Bunga iaitu kadar peratus kenaikan harga yang wajib dibayar oleh peminjam kepada pemberi. Dalam Islam sebenarnya benda ni haram, tapi dibolehkan taktau kenapa. Jadi, siapa yang dah buat pinjaman tu, bayarlah secepat mungkin kerana bunga ni la yang akan membebankan lagi kita untuk bayar sampai habis. Kalau kira betul-betul, sebenarnya harga bunga sahaja adalah lebih mahal daripada harga asal jika kita lihat pada kebanyakan pinjaman rumah. Jika selesai semua hutang anda, barulah senang untuk simpan duit dan lebih cepat lah kita untuk jadi kaya.


3. Simpan duit di tempat yang betul




Menabung. Ini merupakan cara paling old school atau cara paling klasik. Mak kita pun selalu pesan, simpan la duit dalam tabung tu. ‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit’. Ya betul cara ini boleh membantu kita dalam mencapai target kita untuk kaya. Tambahan lagi sekarang ada bank yang menawarkan pakej simpanan duit dengan kadar dividen sebanyak 7% setahun. Dividen bermaksud kadar kenaikan duit yang ada dalam akaun bank itu selepas setahun. So ini bermaksud, kita letak duit dalam akaun setahun dan tanpa buat apa-apa, kita dapat 7%. Ini lah yang dipanggil pendapatan pasif. Sambil tidur, sambil buat duit. Namun 7% ni taklah banyak untuk yang baru mulakan perjalanan ke arah kekayaan.

4. Buat lebih dari 1 sumber pendapatan


Okay ni lah part yang ditunggu-tunggu. Untuk jadi kaya, bukan senang. Kita kene buat duit dari bermacam sumber. Lagi banyak lagi cepat kita akan dapat capai impian kita iaitu bersara sebelum umur 30 tahun.

Pendapatan pasif




Pendapatan Pasif merupakan tulang belakang untuk kita buat duit sambil tidur. Hampir semua orang yang telah kaya fokus pada sumber ini. Ini yang membolehkan mereka enjoy hidup mereka namun masih membuat duit. Telah saya terangkan contoh-contoh pendapatan pasif dalam post sebelum ini. Jika anda berminat untuk belajar cara membuat pendapatan pasif, sila click pada link 5Cara Mudah buat Pendapatan Pasif.

Rumah sewa




Teknik ini memerlukan modal yang agak besar. Bagi yang ingin mula, boleh survey dulu harga kalau dapat sebuah unit flat berharga RM100k subsale. Jika lelong mungkin boleh dapat murah lagi. Untuk rumah berharga Rm100k, 10% diperlukan sebagai duit muka. 5% lagi anggaran untuk membaik pulih rumah tersebut. Bayaran ke bank dalam RM450 sebulan. Tetapi anda boleh member sewa sebanyak RM650. Teknik ini telah saya gunakan dan amat berkesan. RM200 free masuk ke akaun bank anda setiap bulan. Ulang lagi, cari lagi modal 15% dari harga rumah. Dan beri sewa lagi. Simple.

Freelance


Freelance atau bekerja sendiri di rumah merupakan langkah pertama ke arah dunia bisnes. Dengan freelance, anda adalah boss kepada diri anda sendiri. Anda rajin, banyak lah duit akan masuk, tapi jika malas, tak de orang la yang nak bagi projek. Anda boleh mula freelance bagi menambah duit dengan bekerja di sebelah malam selepas bekerja pada siang hari. Ada banyak jenis freelance, daripada graphic design, data entry, writer, youtuber, blogger, private tutor atau pengasuh juga adalah freelance.

Seletah lama anda bekerja sebagai freelance, anda boleh menubuhkan sebuah syarikat dimana anda mencari pekerja supaya menolong anda menyiapkan lagi projek yang anda tidak cukup tangan nak siapkan. Lama-lama nanti anda akan menjadi boss kepada sebuah syarikat dan itulah impian kita.




contoh salah satu website yang menawarkan perkhidmatan freelance. di situ die bagitau 1 kerja siapkan boleh dapat 75$, dalam Rm300. buat 1 projek sebulan da cukup da pun rasanya.

Forex


Forex mempunyai sejarah buruk di mata Malaysian. Mereka berpendapat bahawa forex itu adlah judi. Namun, ia tidak. Yes forex boleh menjadi judi jika anda tidak mempunyai ilmu sebelum anda mula berdagang dalam forex. Tetapi jika anda pergi kelas dan menimba ilmu forex, anda akan dapati bahawa forex lebih kepada teknikal dan boleh diramal. Forex boleh memberi kejayaan yang lumayan jika anda bernasib baik. Namun, adalah lebih baik mula dengan kecil-kecilan. Money management dalan dunia forex amat penting bagi seorang trader.


gambar contoh screenshot forex menggunakan phone buat duit. 

saya ade buat post mengenai Teknik Asas Forex dan Fibonacci Retracement menggunakan teknik FIBO GEAR. click link itu untuk ketahui cara buat duit melalui forex trading. 

5. Gabungkan semua cara


Next is buat semuanya sekali. Mari guna 1 contoh. Mat Sabu mula kerja setelah tamatkan diploma pada umur 22 tahun dalam bidang civil engineer.


Dia mula kerja sebagai drafter dengan gaji permulaan RM1800/bulan. Setelah tolak epf socso akan dapat lebih kurang Rm1600 dalam tangan. Then tolak lagi duit sewa rumah Rm300, baya loan moto dalam Rm100 and banyak lagi macam dalam excel di atas. Mat Sabu juga bekerja pada sebelah malam sebagai freelancer drafter menggunakan skill yang die sudah ada untuk menjana lebih banyak duit. kadang-kadang drafter juga kene kerja overtime. jadi saya letak tambahan anggaran dalam Rm300. so lepas tolak semua perbelanjaan yang wajib, ada extra Rm1k dalam tangan. Rm1k ni simpan. cukup setahun, dapat Rm12k sedia untuk digunakan untuk buat downpayment beli rumah subsale. cari yang bagus boleh dapat yang beharga RM100k. saya sudah pun lakukannya jadi bukan alasan nak kata susah nak cari. atas kite je nak ke taknak. 



jadi dari rumah itu, buat loan bayar ke bank sebanyak Rm412, bagi sewa Rm650, untung Rm238/bulan. so dalam masa 1 tahun boleh dapat 1 rumah. kalau Mat Sabu ni hebat, sampai umur 30 iaitu 8 tahun kemudiannya, dah ada 8 biji rumah. jika rm238 x 8 dah dalam Rm2k setiap bulan masuk secara automatic. itu baru dari 1 cara. belum buat forex or lain-lain sumber pendapatan lagi. 

ha lagi satu, tadi dalam excel Mat Sabu tu saya ade letak Rm100 ke asb setiap bulan. mari kita lihat apa hasil nya. 



lepas 20 tahun, dah ada RM52k dalam akaun jika tidak keluarkan. Haa nampak!? beza jika tak gunakan asb, cuma RM24k dalam akaun. itu pun belum tentu. sebab kalau simpan kat akaun biase mesti nasfu kate nak guna nak beli itu ini. so simpan kat asb tu penting sebab nak jaga mindset kita sebenarnya.

6. Bonus Tips


Islam menggalakkan umatnya bersedekah. Jika ingin lebih banyak duit, berilah lebih banyak duit kepada orang lain. Ia akan dating balik dengan jumlah yang lebih banyak. Petatah inggeris juga ada mengatakan,’The more you give, the more you get’. Jutawan inggeris seperti Mark Zuckerberg dan J.K. Rowlings juga mendermakan hampir keseluruhan harta mereka. Jadi siapalah kita ni. Jangan kedekut sangat. Bersedekah lah.

itu saja dari saya. kika anda rasa tips2 ni sume bohong belaka, message saya kat facebook, atau comment ape yang anda rasa saya tak betul dan saya akan balas secepat mungkin untuk menjawab soalan anda. terima kasih untuk masa anda baca semua ini, dan saya harap anda semua bakal menjadi kaya. marilah membentuk masyarakat yang high end! :D

Comments

Popular posts from this blog

Berbaloi ke keje jadi drafter?

Idea Sukaneka untuk Family Day

Aku Rugi buat Personal Shopper! Pengalaman PS Langkawi

Family Day di Rumah Peranginan TNB, Cameron Highland

Tradingview VS Metatrader