Rich Dad Poor Dad. What the rich teach their kids about money that the poor and middle class do not - Robert Kiyosaki

Post ini merupakan ringkasan yang saya buat sendiri untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang buku ini. Segala salah silap atau terpesong idea daripada penulis sebenar amat lah sy kesali.





Robert Kiyosaki ada 2 orang ayah. Ayah kandungnya yang miskin (Nordin) dan ayah kawannya yang kaya (Hasnan). Robert menerima macam-macam nasihat daripada kedua ayahnya khususnya tentang kepentingan duit dan hala tuju kehidupan. Dia amat berterima kasih kepada kedua bapanya yang membolehkan dia membuat keputusan bagi merancang kehidupannya dengan lebih baik.

Nordin belajar sehingga PHD dan mendapat keputusan yang bagus. Pembiyaan pelajarannya juga disponsor penuh oleh pihak universiti. Hasnan pula hanya ada SPM dengan keputusan yang biasa. Kemudian mereka melalui alam pekerjaan dan mula mencari duit. Kedua-dua ayahnya itu berjaya mencari kerja dan mempunyai pendapatan yang bagus.

Nordin sentiasa berkata “Aku tidak mampu membeli barang ini”.
Hasnan sentiasa berkata “Bagaimana aku boleh membelinya?”.

Kedua ayahnya menghargai kepentingan ilmu. Tetapi mereka berbeza pendapat pada bahagian mana yang harus di fokus. Nordin mementingkan kepada  pekerjaan dan Hasnan pula mementingkan duit itu sendiri.

Hasnan mati meninggalkan ribuan duit dan juga asset kepada anak-anaknya manakala Nordin mati meninggalkan bill yang harus dibayar oleh anaknya. Jadi mana satu yang anda ingin ikut?

Penting bagi sesiapa pun untuk mengenali erti atau value duit itu sendiri. Saya nak tanya anda satu soalan. Bile gaji masuk anda buat apa?

Buat downpayment bayar kereta?
Bayar deposit untuk beli rumah?
Makan kat lua?
Tengok wayang?
Shopping?
Beli kasut online?

Ini jawapan kepada kebanyakan orang. Mereka gunakan duit mereka untuk bende yang mereka sebenarnya tak perlu pun. Jadi tak guna la kalau ade banyak duit masuk pun jika banyak juga duit yang keluar selepas itu.

So anda dah nampak sekarang. Ade duit tu bukan bermaksud anda kaya.

Robert Kiyosaki mengajar kita dalam bukunya, terdapat 4 bahagian penting dalam Pengurusan Wang kita. Ianya adalah, income, expenses, asset, dan liabilities.

Income – duit yang kita dapat. Tak kisah dari gaji ke, orang bagi ke

Expenses – duit yang kita guna untuk beli barang. Contoh, baju, kasut, makanan, minyak kete

Asset – bende yang bagi kita duit setiap bulan. Contoh, rumah sewa, bisnes, stok market

Liabilities – bende yang amek duit kita setiap bulan. Contoh, rumah yang kita duduk, kereta, anak

Jadi perbezaan yang ketara antara golongan miskin, pertengahan dan kaya adalah dimana mereka letakkan duit mereka.

Golongan Miskin letak duit mereka di expenses.
Gaji Rm 2000
Expenses      - Rm 2000
Baki Rm 0

Golongan Pertengahan beli liabilities yang mereka fikir itu asset. Mereka beli rumah dan katakan itu adalah asset sebab lepas 30 tahun jual dapat untung. But bulan-bulan keluar duit. Maka itu bukan asset. Itu liabilities.
Gaji Rm 6000
Expenses      - Rm 5800
Baki Rm 200

Golongan Kaya pula gunakan duit mereka untuk membeli asset. Asset akan memberi mereke duit untuk beli lebih banyak asset. Sebab itu golongan kaya jadi lebih kaya, dan golongan miskin tetap miskin.
Gaji Rm 2000 < sentiasa bertambah mengikut masa
Expenses      - Rm 1500 < untuk beli asset bagi menambah gaji
Baki Rm 500

but hey Robert, macam mana kalau kita rugi bila beli asset. Contoh kalau beli rumah, then harga rumah jatuh or tak de orang nak sewa. Mula bisnes tapi tak jadi. Tak dapat pelanggan. Bukankah itu akan melambatkan lagi atau menyusahkan kita lagi?


Biar saya tanya kamu,
Beli baju Rm 200 sehelai tu boleh buat duit ke?
Beli set TV Rm 2000 tu boleh bagi duit balik ke bulan2?
Beli kete besar tu tak buang duit pulak?

Yes, memang ade risiko dalam setiap usaha yang kita lakukan. Namun tanya balik diri sendiri, kenapa boleh gagal? Mesti ada sebab dan di situ kita dapat belajar dari kesilapan dan cuba untuk perbaiki strategi kita dan tukar mindset supaya kita boleh berjaya. Mungkin jika tak ada orang nak sewa rumah, maybe boleh tukar cara kita promosikan rumah kita tu. Kalau bisnes tak jalan tu, mungkin sebab lokasi tak strategik ke, mesti ade sebabnya kan. Jadi jangan lah nak salahkan orang lain je keje nya. Banyak pulak blebe

jadi bagi saya, adalah lebih baik gunakan duit itu pada sesuatu yang ade posibility untuk bende itu jadi asset. Kalau beli tv dah sah2 tak jadi asset da. Even kalau kita rugi berbisnes pun, pasti akan ada ilmu yang kita boleh belajar. Experience itu lebih bernilai kadang2.

TAX



Tax bermula dari negara lua. Malaysia cume ikut sistem yang dah ada. Diperkenalkan sejak selepas kita dijajah dulu. Dulu actually takde tax. Tax cume diambil oleh pihak kerajaan untuk tujuan perang. Ni kat negara omputeh. Tapi lama kelamaan tax diperkenalkan untuk tujuan sama ratakan golongan miskin dan kaya. Disebabkan tax ni adalah dalam bentuk peratusan, maka golongan kaya yang ada lebih banyak duit akan dikenekan lebih banyak tax.

Bunyinya amat bagus sebab tu semua rakyat pun setuju tentang tax ni. Namun keadaan sebenarnya adalah tidak. Golongan kaya ada cara mereka sendiri untuk elakkan diri daripada dikenakan tax. Adalah lebih menyedihkan yang sebenarnya golongan miskin dan pertenganhan ini lebih banyak dikenakan tax berbandi dengan orang kaya.

Warren Buffet dengan bangganya mengatakan dirinya dikenakan tax lebih rendah daripada setiausahanya. Dia cuma dikenakan 2% tax dan setiausahanya pula hampir 30% gajinya dibayar kepada tax sahaja.

Corporation


Corporation atau syarikat adalah cara golongan kaya mengelakkan diri daripada dikenakan tax. Jika dengar perkataan syarikat ni orang mesti fikir bangunan besar la, kereta besar dan orang2 besar. Padahal iainya sebenarnya cuma beberape keping kertas dan syarikat itu sah untuk menjalankan bisnes nya. Saya ada kawan iaitu Aidi dimana beliau membina syarikatnya dalam bidang sport extreme. Saya melihat proses untuk memulakan sebuah syarikat itu depan mata saya sendiri, dan saya dapati ia amat mudah sekali. Click pada roxt.com.my untuk ketahui lebih lanjut tentang kawan saya yang hebat ni.

Syarikat membolehkan kita belanja dulu duit itu, baru bayar tax. Sebagai contoh
Untung Rm 1M
Kilang Rm 350k
Travel Rm 500k
Kereta Rm 100k
Baki         = Rm 50k   >> tax contoh 30% adalah Rm 15k

Jika kira Rm 15k daripada Rm1M adalah cuma 1.5%
Kalau tengok pekerja biasa, socso epf dah kene tolak awal sebelum dapat gaji. Itulah tax system yang anda kene tipu oleh pihak kerajaan selama ini. So jadilah bijak dan bebaskan diri daripada putaran miskin ini.

Conclusion

Jadi belajarlah dari orang yang telah berjaya. Robert Kiyosaki amat galakkan untuk cari mentor bagi mengelakkan kita daripada buat kesalahan yang bodoh. Beli asset dan cuba sedaya upaya untuk tolak ketepi liabilities. Lepas dah banyak asset baru boleh fikir nak beli kete mahal sikit ke. But itu kemudian. Dan last sekali, sayangi duit anda. Gunakan pada tempat yang betul. Robert Kiyosaki kata, “Dont save money, Hedge it”. Simpan duit saje tak guna, tetapi gunakan duit itu pada tempat yang betul, insyaAllah akan beranak pinak duit itu nanti.

Jika anda berminat nak beli dan baca sendiri buku ini, boleh click pada link di bawah dan ia akan bawa anda ke Amazon.com. Anda boleh order di sana dan ia akan hantar buku tersebut ke rumah anda dalam masa seminggu. Semoga berjaya! :D

dapatkan buku 'Rich Dad Poor Dad' oleh Robert Kiyosaki di sini https://amzn.to/2tcLuKR (link affiliate amazon. maksudnya sy akan dapat sedikit komisyen jika anda membelinya. jangan risau, tiada cas tambahan akan dikenakan)


Comments

Popular posts from this blog

Berbaloi ke keje jadi drafter?

Idea Sukaneka untuk Family Day

Aku Rugi buat Personal Shopper! Pengalaman PS Langkawi

Family Day di Rumah Peranginan TNB, Cameron Highland

Tradingview VS Metatrader