Pages

Saturday, July 29, 2017

Idea Sukaneka untuk Family Day



Family Day tahun ini kami buat pada hari raya ke-dua, 29 July 2017. Lepas beraya di Terengganu bersama keluarga belah isteri, kitorang pun gerakla ke kelantan pulok. Nak join family day nih. Fuh sanggup merentas jem, ikut jalan kampung lagi. Nasib la dah raya bole makan macam2 dalam kete. Tup2 dah smpai. Masa kami sampai tu sume orang pun dah ade.

Siap bentang tikar dah amboi.

Kali ini family day dekat Patai Kemayang, Bachok, Kelantan. Chalet sume dah siap book oleh CikLing. Datang makan tido jeh. Santai betul. Ikutkan jadual yang mama bagi, sukaneka adalah di sebelah pagi esok, tapi tetibe mama kate kite buat petang ni terus lah. I was like, oh waw ok nice. Xsempat duduk pun lagi ma kate, ok kite start sukaneka dalam mase sejam. Go get ready. Maam betul. Layan je lah mak kite kan hahaha

So saya pun pergi la setting sume barang untuk sukaneka. Yaya pun get ready susun hadiah untuk cabutan bertuah nak bagi mase buat sukaneka tu sekali.

ni ha hadiah2 waw. terbaik yaya buat sendiri je

Yaya siap dah tulis name semua orang dalam jug nanti nak cabut. Saya je la yang tak buat ape lagi haha. Mama siap beli baju same untuk family saya, warne oren faveret mama. Acara sukaneka ni saya yang handle macam tahun lepas juga. Ade banyak idea dapat brainwash haritu, tapi kali ni buat 3 acara sahaja, sbb masa pun 2jam je bagi.

Terdapat link untuk ke Shopee disertakan di dalam text di bawah. Ia merupakan affiliate link dari shopee, jadinya, jika anda membuat pembelian, saya akan terima sedikit komisyen. Just untuk pengetahuan anda.

Lepas dah siap setting semua nak panggil semua orang datang ke satu tempat tu bukan senang. Anak CikHe, Uwais da siap mandi kat pantai dah, semua orang berterabor haha. Total Mess. So game pertama kite nak main is kutip gule2 palingbanyak. So panggil semua budak2 main kutip gule2. Simple je tapi sume pun layan, berebut habis gule2 yang ade kat karpet tu.

papa boleh bertapa kat situ lak hahaha. boleh la

Dah habis kutip gule2 barulah saya bahagikan semua orang dalam team, untuk budak2 besar pulak nak main. Family saya secara keseluruhannya ade lebih kurang 34 orang. Bahagi kepada 4 team lah best sikit nak main lawan2 team. So 1st, kene bahagi team. Cara saya bahagi team kali ini:

34 / 4 = lebih kurang 5-6 orang satu team
pilih 4 ketua (adik-beradik papa) – Papa, CikLing, CikHe, CikWang
Then setiap ketua kumpulan akan pilih nama dalam jug air tu satu2 sampai habis.
Team mane yang dapat 6 orang tu layan je lah

cara ini bagus supaya semua ahli team akan jadi random, budak2, dewasa ke random je. So pandai2 la korang semua main. Okay next nak bagitau acara sukaneka yang saya buat. Acara pertama is

Bawa belon kat celah kangkang and ketiak

cikling pun ikut main

Barang yang diperlukan:
Belon
Pam Belon

semua team bahagi dua.
Kiri dan kanan.
Kasi ade jarak sebab nanti nak lari
1 team akan diberi 3 belon. Tiup dan letak kat ketiak 2, celah kangkang 1
Orang pertama akan lari seberang, bagi kat orang seterusnye dan die akan lari ke seberang balik untuk bagi ke orang seterusnya.
Siap semua lari, team tu menang.


cikla mengandung tuh. nasib la tak jadi pape. fuhh

Lumba Makan


ni pokcik zulkarnain. baru tau name pfftt

Barang yang diperlukan:
Makanan ringan yang senang nak makan.

semua orang akan beratur dalam team masing2.
Setiap row akan diberi makan yang sama.
Tapi row seterusnya itu makanannya lain2 barulah menarik.
Contoh makanan yang boleh digunakan adalah, biskut, kek apollo, keropok mimi, donut, mamee, roti, and dadih (kebetulan CikYus bawak dadih).
Orang pertama akan start makan dulu.
Habis makan kene bukak mulut tunjuk kat pengadil.
Kalau kosong baru orang kedua boleh start makan.
Dan diteruskan smpai orang terakhir.
Team mana habis makan dulu, die menang.


over makan biskut je pun

Pass2 Makanan


 baju pink tu hadi. anak cikling. time macam ni je la bole jumpe

Barang yang diperlukan: Makanan ringan yang senang nak makan, alat untuk pegang makanan tu sambil lari.

Mesti korang rasa asyik game makanan je kan. Memang pun, sebab nak gune bahan yang ade sahaja. Tak perlu susah2 nak beli2 barang. Game ketiga kite nak pass2 makanan pulak.
Sama macam tadi, semua beratur dalam barisan tapi kalini setiap row akan diberi alat iaitu, chopstick, sudu, garpu, dan pisau budak2 punye yang plastik warna2 tu. Cara main die:

Orang pertama akan lari rebut 4 jenis makanan kat depan tu,
then lari ke tempat balik, pegang chopstick,
guna chopstick tu untuk bawak makanan yang dipilih tadi ke orang kedua.
Ulang yang sama smpai ke orang yang terakhir.
Tapi orang terakhir kene habiskan makanan yang diberi itu.
Habis makan so team tu menang.

papa over padahal dalam mulut ade lagi

Dah habis acara sukaneka. Pemenangnya adalah team CikHe walaupun teamnya takde laki pun. Hebat sungguh ketua ni.


Diteruskan lagi dengan acara bagi hadiah dan habiskan makanan. Kemas2 dan boleh pergi mandi pantai. Beterabur semua orang haha. Itu sahaja acara sukaneka kali ini. Tak sabar nak tunggu tahun depan pula.

sempat jugak lepak tepi pantai berbatu-batu ni. tengak mad n yaya mancing walaupun takde ikan

Best jugak family day kali ini. Santai2 je. Walaupun cuma sekejap, tapi seronok bile semua ahli keluarga dapat bersama. itu saja dari saya kali ini. jumpe di post seterusnya :D

Jika anda ada sebarang soalan atau cadangan, jangan malu segan silu untuk comment di ruangan di bawah. sy pasti akan membalasnya. xkisah cadangan dari segi apa pun. apa yg patut sy tambah ke, content ape yg sy patut buat lebih ke. anything. paling lambat pun dalam masa sehari sy pasti akan balas.

Jika anda sukakan article ini, jgn lupe like dan share di facebook supaya kawan2 dan teman2 anda juga akan dpt manfaat daripada content sy ini.

terima kasih sbb sudi berdinggah di blog yg tak seberapa sy ni. love you all <3<3

Friday, July 21, 2017

5 Cara Mudah buat Pendapatan Pasif



Penat kerja dari pagi ke petang setiap hari?
Nak mintak cuti pun boss tanye macam2?
Tak sanggup lagi nak keje bawah orang?

Anda datang ke tempat yang betul. Di sini saya nak share beberape cara untuk kite orang biase2 ni buat duit secara online. Zaman sekarang ni semua bende pun online. Media social banyak membantu dalam perniagaan. Facebook, instagram, blog, twitter, dan macam2 lagi, digunakan untuk mempromosikan produk2 jualan. Tapi saya taknak cerita pasal bisnes dekat sini. Saya nak share cara buat duit tanpa modal dan boleh buat 100% online tanpa jumpa sesiapa pun.

Cara yang saya nak share ni bukan cara yang cepat untuk jadi kaya. Sebaliknya, die akan run slow mula2, then lama2 die akan berbuah jadi banyak. Kite boleh klasifikasikan cara ini sebagai low risk, high reward, sebab memang tak guna modal langsung dan 100% dibenarkan oleh undang2 Malaysia, mahupun negara lain. Mesti tau cara nak buat dulu, kalau salah cara buat bertahun2 pun belum tentu akan dapat hasil.

Ramai yang dah berjaya menggunakan cara ini. Cara ini banyak digunakan oleh negara2 yang sudah maju. Dan kini Malaysia tidak juga ketinggalan untuk menggunakan teknik ini. Disarankan supaya jangan terus berenti kerja anda semata2 untuk start buat bende ni. Kerje dulu macam biase, malam2 and hari minggu boleh la buat kerje extra ni. Start buat part time dulu. Nanti bile dah berbuah banyak sampai lagi banyak dari gaji kerja asal, boleh la plan untuk berenti keje tu and enjoy pergi jalan2 tapi duit masuk tiap bulan.

Tujuan saya nak share ni adalah untuk membantu golongan muda anak2 Malaysia untuk menceburi bidang ini dan janganlah jadi hamba orang. Bukan 1 jalan je nak buat duit ni. Banyak lagi cara di luar sana. Open minded sikit.



Cara-cara nya adalah :

BLOGGING

Blogging ni adalah tempat untuk kite tulis cerita, or tulis diari, nak share ilmu, or apa sahaja yang anda mahu tulis di internet supaya ia bole dibaca oleh orang lain. Ade 2 platform untuk start blogging yang saya syorkan. Blogger atau Wordpress. Saya personally lebih sukakan Blogger. Ikut suke masing2. Ade yang suke wordpress sebab design lagi teratur, but tujuannya same je sebenarnya. Nanti boleh kite bincang pasal perbezaan Blogger dan Wordpress.

Nak start senang je, just pergi ke www.blogger.com or www.wordpress.com. Register sebagai ahli baru and pilih pelan yang free. Kalau nak baya boleh, ade pelan yang berbayar. Plan yang berbayar akan ade lebih banyak feature yang boleh kite main2. Sebagai contoh, boleh pilih design yang lagi cantik, auto reply email, and banyak lagi. But for now pilih yang free je. Pelan free akan tambah .blogger.com kat belakang domain anda. Sebagai contoh, www.malaysiaboleh.blogger.com. Guna je dulu domain tu, nanti dah dapat banyak traffic boleh la upgrade plan tu untuk buang .blogger.com tu.

Adalah sangat penting untuk update dan post cerita baru secara berterusan. Lebih banyak post anda, lebih senang untuk blog anda keluar di google dan yahoo. Apabila sudah banyak orang melayari blog anda, bolehlah anda installkan Google Addsense pada blog anda. Google Addsense akan membayar anda mengikut brape banyak view dan brape banyak click yang anda dapat pada link yang diregisterkan. Cara untuk kire betul2 keuntungan die nanti saya buat lagi satu post. Senang cerita, bilangan traffic yang akan menentukan keuntungan blog anda. Google Addsense akan bayar anda melalui Paypal. Click register untuk register Paypal secara percuma.

YOUTUBE



Youtube merupakan blog dalam bentuk video. Menggunakan konsep yang sama, youtube membayar anda melalui jumlah click yang anda dapat, tempoh view video anda, dan berapa subscriber yang anda ada. Register sebagai ahli youtuber adalah percuma. Anda juga perlu sentiasa update video baru supaya subscriber anda berpuas hati untuk terus subscribe anda.

Perbezaan yang ketara antara blogging dan youtube adalah post anda dalam bentuk video. Anda perlu terlebih dahulu install sofware untuk edit video, sebuah camera untuk record video, atau mungkin sedikit sound system seperti microphone. Gunakan kreativiti anda.

EBOOK


Ebook adalah buku yang kite tak boleh pegang. Nama panjangnya adalah Electronic Book. Ebook kebanyakannya dalam bentuk pdf. Dulu penulis buku kene pergi mencetak buku dan banyak cost digunakan untuk jual buku. Kini tidak lagi. Anda boleh jual buku di amazon.com dan kindle.com
pembeli akan download ebook itu, jadi tiada kertas akan digunakan. Maka tiada modal langsung diperlukan untuk jual ebook ni. Amazon dan kindle akan bayar beberape % kepada anda kerana anda mengunakan servis jualan mereka. Pada saya ianya berbaloi kerana anda hanya perlu jual sekali sahaja, dan ebook anda akan dijual tanpa henti.

Sebagai contoh satu ebook dijual 5$. anggaran keuntungan anda adalah 4$ pada setiap pembelian. Seminggu anda siapkan 1 ebook. Sebulan ada 4 ebook. Setahun anda ada 48 ebook. Jika sebulan anda ada at least 2 pembelian untuk setiap ebook, bulan pertama anda telah pun menjana 384$ sambil tidur. 384$ adalah lebih kurang Rm1612. Sape nak bagi?

AFFILIATE MARKETING


Affiliate marketing adalah mengiklankan jualan orang lain. Sebagai contoh, Ain adalah pengguna tudung Neelofar. Ain sentiasa update gambarnya memakai tudung itu di instagram dan facebook. Pada caption setiap post itu, Aina sertakan sekali penjual tudung yang dipakainya itu. Ni kite panggil shoutout. Jika ada sesiapa yang berminat, terus boleh click pada link yang disediakan itu. Maka Ain telah pun mendapat sedikit commission kerana telah membantu membuat jualan tudung itu.

Pastikan anda membuat perjanjian terlebih dahulu dengan penjual untuk membuat sebarang affiliate marketing. Tapi boleh je nak buat shoutout suke2. Nanti kalau ramai orang like gambar anda, dan anda juga menjadi lebih terkenal. Maka lebih senang untuk penjual itu menerima anda. Anda juga boleh buat affiliate marketing di youtube dan blogger.

JUAL GAMBAR DI INTERNET


Hobi anda ambil gambar? Kenapa tidak jual gambar itu dan buat duit? Sekarang camera phone pun dah canggih dan mampu untuk mengambil gambar yang cantik lagi berkualiti tinggi. Perlukan sedikit modal untuk beli phone yang mampu mengambil gambar. Ataupun, untuk beli camera dslr yang paling murah boleh dapat dalam rm2000. Gadget tak penting untuk menghasilkan gambar yang berkualiti.

Terdapat banyak platform yang anda boleh cuba untuk jual gambar. Sebagai permulaan anda boleh mula dengan jual gambar anda di Fotolia, Alamy dan Shutterstock. Semua website itu adalah percuma untuk register. Anda akan dapat hasil jual mengikut % comission yang ditetapkan oleh setiap platform tersebut.

Anda boleh jual apa jenis gambar pun. Dari gambar barangan rumah biasa sehingga gambar kahwin profesional. Yes, walaupun gambar sudu pun ade orang beli. Pastikan gambar yang anda jual diambil oleh camera sendiri. Anda juga boleh jual gambar di website atau blog yang anda telah pun buat tadi. Tapi perlukan sedikit coding supaya orang boleh beli dengan mudah dan secara online melalui blog anda. Saya syorkan upah orang untuk setting bende ni pada blog anda.

Okay itu sahaja dari saya. 5 cara buat pendapatan pasif. Jumpe lagi di post seterusnya. :D

Sunday, July 16, 2017

Resepi Puding Caramel tanpa telur dan roti

DI cuaca yang begitu panas ni paling best dapat makan bende yang sejuk2 fresh klua dari peti. tapi malas lak nak buat itu ini. so marilah kite buat puding caramel yang super easy ni. resepi ni tidak menggunakan roti atau telur. jadi bile makan tu rase nikmat je. tak rase kenyang. macam makan desert kat hotel2. jadi jom tengok resepi die dulu.

puding caramel yang super easy!


berkilau kau


tak sabo nak makan >.<


cantiknya texture die


BAHAN-BAHAN PUDING
  • 1 paket agar-agar (10g)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 cawan air
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • ½ cawan gula pasir
  • ½ cawan susu pekat

BAHAN-BAHAN CARAMEL
  • 2 senduk gula
  • ¼ cawan air

CARA PENYEDIAAN

  1. 1st kite buat karamel die dulu. actually name je gah karamel padahal gule hangus je. ok, campurkan gula dan air. then panaskan kat atas api dapur gune api perlahan. panaskan sampai jadi macam kaler air karat. coklat perang2 gitu. sambil tu kacau bagi rata air tu. bile dah perang, tutup api dan ketepikan. bia die sejuk sendiri.
  2. next kite buat puding die. satukan semua bahan puding tu then panaskan kat guna api sederhana. kacau hingga mendidih. pastikan kacau selalu baru mixture die sekata dan texture puding tu cantik bile makan nanti. baru cantik nak amek gambar haha.
  3. ok bile dah mendidih, tuangkan semua mixture puding tu dalam karamel yang dah sejuk tadi. 
  4. then bia die sejuk sendiri dalam 30min, baru masukkan dalam peti sejuk.
  5. bia dalam peti selama at least 2 jam baru makan. (sabar ye)

5 Skills You Must Know Before Applying for a Drafter Job in Malaysia – Are You Really Ready?

Dalam dunia pembinaan dan reka bentuk, kerjaya sebagai drafter adalah antara posisi paling penting di sebalik setiap projek kejuruteraan da...