Kellie's Castle

On the way kami ke Majlis Perkahwinan Kak Lia, sempat singgah satu tempat menarik iaitu Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak, Malaysia. Di bina oleh William Kellie Smith. Additional info boleh search kat http://www.malaysia.travel/en/my/places/states-of-malaysia/perak/kellies-castle

Dari KL ikut Lebuhraya Utara - Selatan exit Gopeng, Then menuju ke Alor Gajah, along Jalan Gopeng, akan ternampak satu istana kosong warna kuning/coklat di sebelah kiri. Dari jaoh dah nmpk cantik betul. Dah sampai masuk je, ade tempat parking disediakan.

Entry nak masuk Rm5.00 untuk adult tak silap.

Baya dulu baru bole masuk

Istana ni terkenal sbb sejarahnya tapi saya lebih tertarik dengan scenery nya yang cantik. Design bangunan lama menjadikan tempat ini amat sesuai untuk dijadikan tempat photoshoot (tapi kene baya lebih kat kaunter kalau untuk gamba kahwin). Dari luar ade jambatan nak lintas sungai untuk masuk istana tu. terbaik!


Jambatan depan Istana

Lepas da masuk ikut suka hati korang nak jalan mane. Saya cuma amatur dalam seni photography so untuk abang2 pro kat luar sana mesti dapat gamba yang lagi hebat.

Dah rase mcm bukan kat Malaysia dah

Pandangan sisi

Ok jom masuk. Kat lua cantik, Kat dalam lagi cantik. Cuma hati-hati sikit lalaun nye kecil dan tak rata. So tngk atas bawah juga ye. Terhantuk kepala kang
Na kalu gamba kawen ni mesti cun. Teknik bokeh amat sesuai di sini

Hallway. Spoooky~

Dorang kate tempat ni berhantu kalau malam2. Siap kene tampar dengan hantu sampai telinga berdengung. kalau nak tau lagi bole bace di http://satuumat.blogspot.my/2015/03/misteri-meremang-di-kellies-castle.html. Tapi jangan risau, sbb tempat ni dibuka sampai pukul 5.30 petang sahaja. So datang la pagi baru tak panas.

Jage mulut tu sikit, rumah orang ni
Bilik2 dalam istana ni luas betul. Siling pun tinggi. Best betul kalau buat rumah mcm ni. Siap ade bilik bawah tanah, bilik simpan arak, bilik sembahyang pun ade. Sembahyang ape? jangan tanye. Saya tak tahu. 

Bilik anak perempuannya
Lepas tu kami naik tingkat atas sekali. yang bestnye rooftop die pun bole jalan. tapi keselamatan jage sendiri. paga pun xde. 

Actually panas butui mase ni. bawak la payung nanti pengsan

Ha tngk. siap bole gantung kaki xde pagar beb
Dah habis pusing Istana tu, kitorang jalan2 kat sekitar tu pulak. Kat sebelah istana ni ade ade bangunan yang da rosak. Juga amat sesuai untuk gamba backgroud. 


rasenye itu tingkap tapi tak siap

macam kat mesir pun ade

Ade taman yang luas sebelah bangunan tak siap nih. hijau je sejuk mate tngk, so penat posing, kami duduk rehat dulu. 
bnyk kerusi duduk so boleh lepak bawah pokok dengan suasana nyaman

Taman Hijau (Saya buat name sendiri)


Terowong bawah tanah. Boleh tembuh ke kuil kat sebelah istana

gamba last sebelum meneruskan perjalanan, pandangan sisi

Sebenarnye banyak lagi gamba yang boleh ambil. tapi xpe lah lain kali datang lagi. Thanks and bye Kellie's Castle !!

Comments

Popular posts from this blog

Berbaloi ke keje jadi drafter?

Idea Sukaneka untuk Family Day

Aku Rugi buat Personal Shopper! Pengalaman PS Langkawi

Family Day di Rumah Peranginan TNB, Cameron Highland

Tradingview VS Metatrader