Family Trip @ Kundasang, Sabah 2017
3 August 2017
Trip kalini aku
pergi dengan family aku. So is actually a group trip. Dari dulu
sebenarnye memang setiap tahun aku pergi jalan-jalan ngn family. Cume
sekarang baru terdetik nak buat blog supaya aku bole bace dan ingat
balik moment-moment yang indah ini. Ok jom kite mulakan.
Kami gerak dari KLIA
hari Jumaat pagi dan smpai Kota Kinabalu dalam pukul 11am. Then dari
airport tu kami amek kereta sewa dan drive sendiri to Kundasang. Well
of cos Mad yang drive. On the way tu kami cari tempat untuk solat dan
makan. Kami singgah di Restoran Adzie untuk makan tengahari. Very
Recomended. Terus dpt rase makanan sabah. Kami try Nasi Bangus and
shellout die memang awesome!
mane makanan niiiii
shellout die. wawawwaww
nasi bangus. xtau ikan ape. tapi sedappp
Lepas dah kenyang kami teruskan
perjalanan ke Kundasang. Jalan nak sampai sane tu agak kecik dan
banyak naik bukit. So pastikan amek kereta yg berkebolehan dan jgn
amek kereta yang semput. Kami ade dalam 8 orang. So amek kereta Exora. bole la xde semput sangat.
Dari KK ke Kundasang amek mase dalam 2 jam. Kami check in Hotel
dulu. Kami duduk kat Mile 36 Lodge.
Duta Mile 36 Lodge
Bilik die memang best. Kat
belakang rumah bile bukak pintu terus ade view Gunung Kinabalu. But
sadly, mase kami sampai tu awan banyak and tak bole tengok sangat
gunung tu dengan jelas. Tapi xpe, itu yang membuatkan kami tertunggu2
bile bole dpt tengok dengan clear ciptaan Tuhan yang hebat ni.
view Gunung Kinabalu kat blakang rumah je. bukak pintu da nampak
orang panggil beliau Mat Debunga
ni lobby die. environment kat sini sangat nice. tenang je
Lepas da settle semua barang and rehat sekejap, kami pun get ready untuk keluar jalan2. Lepas da puas selfie dan bergambar kat hotel, kami pun gerak pergi ke Pasar Tamu Kundasang untuk beli tuala sbb xde tuala pulak disediakan kat hotel tu. Perjalanan amek mase dalam 10min je.
Tak kami sangka view
kat sini pun terbaik. Kawasan yang sangat luas jadikan tempat ni
sangat berangin. Dan nasib kami baik. Awan yg menutupi Gunung
Kinabalu tu dah takde. So ape lagi
selfie satuuu
closeup Gunung Kinabalu
tinggi-tinggi Gunung Kinabaluuu
Tinggi lagi Cintaku padamuu
Lepas beli tuala dan
sedikit makanan ringan, kami pun gerak balik hotel sebab hari sudah makin gelap. Kami singgah
dinner kat Restoran Shah Adilah. Ni kedai cina muslim so ade banyak
makanan yang biase kite makan. Macam nasi goreng, mee, bihun and
lakna pun semua ade. Lepas makan balik hotel. Dah kenyang ape lagi
tido.
makan-makann
Next day subuh2 dah
bising. Papa suruh pegi tengok kat belakang rumah. Dapat kami tengok view
Gunung Kinabalu Subuh version. Nice kan.
view Gunung Kinabalu Subuh
Pagi-pagi lagi kami
dah get ready. Sebab kat sini matahari die naik laju. Subuh pun dah
cerah. So jangan nak jet lag sangat. Kami bf kat restoran semalam.
Dorang pun ade sediakan makanan untuk breakfast macam roti canai dan
teh tarik kaw beb.
selfi satu depan rumah
bunga yg amat pelik. tolong carikkan name die plz
Aktiviti pertama
kami adalah kami nak pegi Ladang Teh Sabah. Bukan kat Cameron je ade
ladang teh ya. Sini pun ade. Tempat die dekat atas bukit so view die
cantik sangat.
I love Sabah Tea You
Teko Cosplay
Habis poto2, kami pun gerak ke tempat seterusnya, “Tagal” Sungai Moroli. Tempat ni merupakan tempat penternakan
ikan yang akan makan kaki anda jika anda xbasuk kaki malam2. Sape
cuak jgn pergi. Sape yang masuk kne baya Rm5/pax and Rm2 untuk
makanan ikan. A very good experience actually. Rase geli2 je
uih pasai pa semua ikan folo mamat ni
Lepas da bagi makan
ikan, kami pun nak makan2, kami lunch kat Kiaburi Chicken Rice. Makan
nasi ayam. Not very special but sedap gak la.
Happy jak sume dpt makan
Dah kenyang kami terus
gerak ke Kolam Air Panas Poring. Hotspring Poring ni best gak. Ade
track untuk sape yang rajin nak hiking sikit untuk pergi tengok punce
air panas tu datang dari mane. They say ade juga waterfall tapi aku
tak naik pulak sampai atas. Tapi yang xbestnye kat sini kolam air
panas die adalah more to personal. Sbb die bahagikan terus setiap
orang ade kolam sendiri. Bukan kolam besar semua orang share. So
kirenye mcm mandi dalam bathtub la. Cume best sikit sbb ade rase
mineral die lakan. Hotspring ye pun. Jangan stay lame sangat, kang
ade yang pengsan lak.
mane poring?
para lelaki menunggu pasangan masing2
Next kami pergi ke
Crystal Hill. walaupun dah pening kne rendam dalam air panas, kami tetap berjalan tak kire. nasib baik driver steady. Thank you mad tolong bawakkan kami. kami kat blakang tido jeh hehe
aik camano die diri tu?
Sadly kitorang tak sampai tempat tu sbb jalan nak naik die is tooooooo steep. and papa tak yakin that we can teruskan. So, kami berhenti tepi, amek gamba jalan je la. Haha. Please
guna kereta yg hebat ya, baru bole naik dan panjat kawasan yang bukit2 ni. tmpt gambar kat google je la huhu
antara jalan yg sangat tinggi utk naik. good luck kepada kereta anda
Hari pun sudah
petang, kami pun balik hotel je. Kami mkn malam maggie je sbb malas
nak makan lua. Maggie pun sedap sejuk2 ni. But sirius sejuk betul
kundasang. jangan lupa bawak jaket ya
Its a new day, new adventure awaits! The Next day, kami
bf roti je and terus get ready nak pegi Desa Dairy Farm.
Ni merupakan HIGHLIGHT of the trip sebab tempat ni memang fames.
Semua org kalau pegi Sabah precisely in Kundasang mesti dan wajib
pergi sini. So kami pun nak pegi juga.
pintu gerbang Desa Farm. Rm5/pax
pastikan amek gamba kat pintu gerbang ni. view yg amat cantik! sweet sangat!
gambar family juga jgn lupa ya. cantik nyaaa
ingtkan lembu ni ade dlm tv je. 1st time tngk depan mate. budak bando sungguh
semua terpegun tngk lembu
Duta susu lembu pula. nice kan. xmacam kat malaysia. mcm kat new zilen
mama kate situ busuk
family foto tapi xnmpk Gunung Kinabalu. sadly. tapi still cantik
eh sape amek gamba?
Thank you Sabah its a very fun trip coming here
Lepas dah kenyang minum susu lembu fresh, kami teruskan perjalanan kami. Next kami pergi Kinabalu Park. Kinabalu Park ni merupakan titik pertama bagi orang yang nak pergi mendaki Gunung Kinabalu. Kire macam starting point dorang.
jalan dari Desa Dairy Farm. Super Cantik!
walaupun korang xplan nak mendaki, pastikan datang juga sini. tempat yang sangat menarik. tapi xde la si manis mcm dlm gambar ni
korang bole bawak masuk kereta sendiri utk naik sampai atas ni. xperlu nak jalan kaki.
kat sini part paling last kereta bole masuk. lepas tu kne mendaki.
Dah puas kami round2 Kundasang. memang terbaik bagi yang sukakan scenery dan alam semula jadi. Repeat lagi next year? hehe. okay lah sampai sini saje trip kami. lepas tu kami balik kk then smpai rumah xperlu cerita la kot haha. orait jumpe di next trip kami
Comments
Post a Comment